{"id":13873,"date":"2023-02-12T09:28:14","date_gmt":"2023-02-12T09:28:14","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=13873"},"modified":"2023-02-12T09:28:14","modified_gmt":"2023-02-12T09:28:14","slug":"bn-sokong-kerajaan-perpaduan-di-sabah-dibawah-hajiji-zambry","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bn-sokong-kerajaan-perpaduan-di-sabah-dibawah-hajiji-zambry\/","title":{"rendered":"BN sokong \u2018kerajaan perpaduan di Sabah\u2019 dibawah\u00a0Hajiji &#8211; Zambry"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengambil ketetapan untuk memberi sokongan serta mendukung kerajaan perpaduan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku ketua menteri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pendirian itu sejajar ketetapan parti di peringkat persekutuan yang membentuk kerajaan perpaduan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebuah sekretariat tetap kerajaan perpaduan dibentuk untuk menyelaras semua parti yang mengasaskannya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni termasuk ketetapan Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bersidang pada 7 Feb lalu untuk diwujudkan sekretariat serupa di peringkat negeri termasuk Sabah,\u201d katanya dalam kenyataan di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Zambry berkata, BN Sabah dipertanggungjawabkan menggembleng segala usaha dan upaya untuk memastikan agenda perpaduan dapat direalisasikan sekali gus memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat Sabah melalui kerajaan perpaduan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada 7 Feb lalu, Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa bagi memberi pandangan mengenai dasar kerajaan dan isu berkaitan pilihan raya serta strategi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga jawatankuasa itu adalah Jawatankuasa Perundingan Kerusi, Jawatankuasa Komunikasi Strategi dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda dan Politik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, Zambry berkata BN menamakan Datuk Yakub Khan selaku timbalan ketua Umno negeri untuk mewakili parti itu dan BN dalam perundingan dengan kerajaan perpaduan Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada 30 Jan lalu, Umno mengisytiharkan tempoh bertenang berhubung kemelut politik yang melanda Sabah bagi membolehkan satu penyelesaian secara tuntas dapat dicapai.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepanjang tempoh bertenang itu, beliau memohon agar tiada lagi spekulasi atau kenyataan bercanggah dibuat sama ada di pihak Umno dan BN atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Zahid juga sebelum ini berkata, parti itu belum mengambil apa-apa tindakan terhadap Adun Umno Sabah yang bertindak membelakangkan keputusan parti untuk menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, tindakan terhadap lima Adun terbabit dalam kemelut antara Umno BN dan kerajaan negeri itu diputuskan secara berasingan daripada tindakan lain yang dibuat parti itu sebelum ini dan diserahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk membuat keputusan.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengambil ketetapan untuk memberi sokongan serta mendukung kerajaan perpaduan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13805,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-13873","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13873","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13873"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13873\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13874,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13873\/revisions\/13874"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13805"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13873"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13873"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13873"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}