{"id":14043,"date":"2023-02-28T00:49:37","date_gmt":"2023-02-28T00:49:37","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14043"},"modified":"2023-02-28T00:49:37","modified_gmt":"2023-02-28T00:49:37","slug":"jangan-potong-peruntukan-ahli-parlimen-kerajaan-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jangan-potong-peruntukan-ahli-parlimen-kerajaan-bung-moktar\/","title":{"rendered":"Jangan potong peruntukan Ahli Parlimen kerajaan- Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesa kerajaan agar tidak memotong peruntukan Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, peruntukan itu penting bagi menyokong usaha kerajaan memerangi kemiskinan menerusi kerjasama Ahli Parlimen memandangkan peruntukan itu adalah untuk manfaat rakyat di kawasan mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Justeru itu, saya ingin menyatakan kepada kerajaan Perdana Menteri untuk memerangi kemiskinan ini, bermakna Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan harus diperkasakan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Bagaimana memperkasakan, maka perbanyakkan peruntukan Ahli Parlimen, jangan kurang, tambah lagi sebab peruntukan Ahli Parlimen ini akses terus kepada rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Rakyat menerima limpahan itu dan kita boleh mengangkat martabat mengeluarkan mereka dari kemiskinan, ini penting untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Banyak peruntukan, banyak bajet boleh dipotong, (tapi) peruntukan wakil rakyat menyokong kerajaan jangan dipotong,&#8221; katanya pada perbahasan usul Belanjawan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana membentangkan Belanjawan 2023 yang merangkumi semua aspek sama ada di bandar atau luar bandar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, apa yang jelas Perdana Menteri mempunyai komitmen membasmi kemiskinan di negara ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Memerangi kemiskinan ini wajib walaupun mungkin tahun ini, tahun depan kita tidak berhasil tapi sekurang-kurangnya kerajaan perlihatkan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar hari ini benar-benar ingin memerangi kemiskinan,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah turut menyarankan agar kerajaan turut memperkasakan aspek pembangunan khususnya di Sabah terutamanya pembangunan insfrastruktur jalanraya,bekalan air, kesihatan dan Pendidikan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut beliau apabila pembangunan insfrastruktur ini diberikan perhatian khusus oleh kerajaan ianya juga mampu membawa negeri ini dari garis kemiskinan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201c Saya berterima kasih dalam belanjawan 2023 kerajaan bersetuju untuk memberikan peruntukan bagi pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>dimana projek ini wajar diteruskan kerana ia adalah janji kerajaan persekutuan dan kita berharap tahun ini fasa 1 dapat disiapkan termasuk 19 pakej yang belum dimulakan\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Bung Moktar turut menyentuh mengenai tindakan Ahli Parlimen pembangkang menyinggung pelantikan Timbalan Perdana Menteri berhubung kes mahkamah dihadapinya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri I dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Tidakkah YB lihat dalam rumah sendiri pun ada juga kes mahkamah dan dalam istilah hidup kita ini, sebelum dibuktikan bersalah oleh mahkamah, dia masih tidak bersalah. Jadi, apa masalahnya,&#8221; katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesa kerajaan agar tidak memotong peruntukan Ahli Parlimen yang menyokong&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14044,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-14043","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14043","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14043"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14043\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14045,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14043\/revisions\/14045"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14043"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14043"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14043"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}