{"id":14151,"date":"2023-03-08T12:45:30","date_gmt":"2023-03-08T12:45:30","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14151"},"modified":"2023-03-08T12:47:17","modified_gmt":"2023-03-08T12:47:17","slug":"fokus-bantu-tiga-daerah-termiskin-di-sabah-antara-matlamat-kkdw-ahmad-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/fokus-bantu-tiga-daerah-termiskin-di-sabah-antara-matlamat-kkdw-ahmad-zahid\/","title":{"rendered":"Fokus bantu tiga daerah termiskin di Sabah antara matlamat KKDW &#8211; Ahmad Zahid"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Membantu Pitas, Kota Marudu dan Tongod yang merupakan tiga daerah termiskin di Sabah, merupakan antara fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membantu Negeri di Bawah Bayu itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri telah menyuarakan saranan,\u00a0supaya KKDW dapat membantu tiga daerah itu termasuk daripada segi pembangunan projek desa melibatkan prasarana dan kemudahan utiliti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menteri\u00a0Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata gerak kerja perlaksanaan itu sedang diteliti KKDW bersama Kerajaan Sabah, dalam\u00a0jawatankuasa teknikal antara dua pihak itu yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah\u00a0Datuk Seri Safar Untong.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKami di KKDW\u00a0pastinya akan laksanakan melalui perbincangan dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian\u00a0Kewangan, bagi realisasikan hasrat kerajaan\u00a0negeri untuk memfokuskan tiga daerah ini keluar daripada kelompok miskin tegar antara daerah termiskin di Sabah,\u201d kata di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Ahmad Zahid berkata jawatankuasa teknikal KKDW dan Kerajaan Sabah itu juga memainkan peranan, dalam usaha menyelaras peruntukan yang disalurkan kepada negeri itu supaya peruntukan itu dapat diterima secepat mungkin dan projek terlibat dilaksana secara berkesan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata menerusi Belanjawan 2023 dibentang pada 24 Feb lalu, Sabah memperoleh pelbagai peruntukan, justeru penyelarasan dibuat KKDW dan Kerajaan Sabah\u00a0bagi memastikan projek terlibat\u00a0 berjalan lancar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPenyelarasan ini melibatkan ketua jabatan di kementerian serta agensi Sabah serta pihak kami (KKDW), ini adalah sesuatu yang dilaksanakan supaya perlaksanaan (projek) dapat dirasakan oleh rakyat Sabah dengan segera mungkin,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahmad Zahid berkata selain membantu tiga daerah termiskin dan penyelarasan itu, perkara utama yang telah dikenal pasti adalah soal keterjaminan makanan, dengan inisiatif estet padi akan dilaksanakan di Sabah bagi memastikan bekalan makanan utama dapat dikeluarkan secara sendiri oleh negeri itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIa bagi penggunaan tempatan dalam masa sama menjadi \u2018stockpile\u2019 bagi memastikan bekalan itu ada dalam masa diperlukan&#8230;Felcra (Felcra Berhad) mempunyai modaliti perlaksanaan estet padi ini seperti mana dilaksanakan di Seberang Perak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPenduduk kampung terlibat sebagai pemegang saham dalam estet itu dengan memperoleh dividen, mereka juga terlibat dalam guna tenaga sebagai pekerja estet padi itu dan kawasan perumahan disediakan Felcra untuk mereka supaya ada kawasan pembangunan ekonomi baharu di kawasan itu,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau menyerahkan kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri untuk mengumumkan perincian inisiatif estet padi itu termasuk kawasan yang terlibat setelah penelitian terhadap perkara itu selesai dilakukan.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Membantu Pitas, Kota Marudu dan Tongod yang merupakan tiga daerah termiskin di Sabah, merupakan antara fokus Kementerian Kemajuan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14152,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-14151","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14151","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14151"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14151\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14153,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14151\/revisions\/14153"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14152"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14151"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14151"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14151"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}