{"id":14314,"date":"2023-03-21T01:41:03","date_gmt":"2023-03-21T01:41:03","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14314"},"modified":"2023-03-21T01:41:03","modified_gmt":"2023-03-21T01:41:03","slug":"umno-sabah-terima-laporan-insiden-kekecohan-dalam-pemilihan-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/umno-sabah-terima-laporan-insiden-kekecohan-dalam-pemilihan-bung-moktar\/","title":{"rendered":"UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengesahkan pihak UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden\u00a0kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar, yang mempertahankan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan selepas menang tanpa bertanding, berkata insiden kekecohan itu antara lain melibatkan\u00a0pengurusan proses pengundian dan ahli tidak layak mengundi dalam\u00a0pemilihan parti pada mesyuarat berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Tanpa merujuk kepada mana-mana Bahagian UMNO, beliau juga meminta Bahagian UMNO yang terlibat dengan sebarang\u00a0insiden tidak diingini pada mesyuarat itu supaya membuat laporan kepada\u00a0Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat untuk tindakan lanjut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPihak mereka (Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat) akan meneliti setiap aduan dikemukakan\u00a0dan akan menyiasat,\u00a0sekiranya berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan mesyuarat tidak mustahil persidangan akan dibuat semula,\u201d katanya menerusi satu kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Antara kekecohan yang menarik perhatian ramai pada Sabtu lepas ialah Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu yang dicemari oleh insiden pergaduhan dipercayai akibat provokasi sehingga menyebabkan dua individu cedera.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar juga meminta ahli UMNO\u00a0selepas pemilihan kali ini agar memberikan keutamaan untuk mengembalikan semula perpaduan dalam parti, dan saling memaafkan antara satu sama lain dalam usaha memperkasakan kembali parti itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau melihat pemilihan UMNO yang berlangsung serentak di seluruh negara pada Sabtu lalu sebagai \u201ckemeriahan demokrasi\u201d\u00a0apabila ramai yang menawarkan diri bertanding walaupun parti itu dikatakan mengalami kemalapan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKemeriahan itu membuktikan UMNO masih relevan walaupun tanggapan setengah pihak khususnya UMNO di Sabah akan terkubur berikutan tindakan beberapa ahli parti itu keluar meninggalkan UMNO dan menyertai parti lain,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengesahkan pihak UMNO Sabah telah menerima&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":12190,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-14314","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14314","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14314"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14314\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14315,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14314\/revisions\/14315"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12190"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14314"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14314"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14314"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}