{"id":14366,"date":"2023-03-25T01:57:22","date_gmt":"2023-03-25T01:57:22","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14366"},"modified":"2023-03-25T02:00:21","modified_gmt":"2023-03-25T02:00:21","slug":"sabah-perlukan-fasiliti-awam-setanding-nusantara-bobbey-suan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-perlukan-fasiliti-awam-setanding-nusantara-bobbey-suan\/","title":{"rendered":"Sabah perlukan fasiliti awam setanding Nusantara &#8211; Bobbey Suan"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyegerakan penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti di Sabah berikutan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli Dewan Negara Senator\u00a0Datuk Bobbey A\u00a0Suan\u00a0berkata usaha meningkatkan infrastruktur dan fasiliti awam itu juga penting supaya Sabah dapat mengorak langkah bagi meraih\u00a0limpahan ekonomi yang besar daripada Nusantara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cRakyat Sabah mengharapkan agar infrastruktur dan fasiliti awam di negeri ini\u00a0setanding dengan negara jiran itu, diharap pihak kerajaan menyediakan peruntukan kewangan untuk infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti,\u201d katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada 9 Jan lepas, Perdana Menteri\u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika\u00a0lawatan rasmi ke Indonesia dilaporkan berkata\u00a0Malaysia akan mencari jalan terbaik untuk memastikan pembangunan ibu negara baharu\u00a0Indonesia, Nusantara\u00a0dapat memberi manfaat kepada wilayah ekonomi di Sabah dan Sarawak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bobbey, yang merupakan Ahli<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, mencadangkan agar\u00a0kerajaan Persekutuan menubuhkan sebuah Pejabat Konsulat Jeneral Filipina di Sabah bagi mengatasi isu pendatang asing tanpa izin yang menimbulkan pelbagai masalah sosial.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDengan adanya Pejabat Konsulat Jeneral Filipina di Sabah, isu-isu berkaitan pendatang asing tanpa izin, pelarian dan pemohon suaka dapat ditangani dengan tegas oleh pihak kerajaan demi memastikan negara terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan,\u201d katanya.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengenai isu kemiskinan di Sabah, beliau berharap kerajaan Persekutuan\u00a0dapat menggariskan matlamat dan strategi khusus bagi membebaskan Sabah daripada wilayah paling perlahan pertumbuhan ekonomi serta memiliki paras kemiskinan tertinggi di Malaysia.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan Persekutuan harus menggariskan pendekatan mikro secara bersinkronisasi dengan kerajaan negeri melalui pemerkasaaan ekonomi, pendigitalan dan teknologi. Ini termasuklah keusahawanan supaya usaha membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKini\u00a0saya hanya mengharapkan, menunggu dan melihat apa pendekatan dan cara pihak kerajaan sekarang untuk membangunkan lapan buah daerah termundur di Sabah dalam masa dua tahun ini,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bobbey turut menghargai komitmen kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyegerakan penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti di Sabah berikutan perpindahan ibu kota&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":11320,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-14366","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14366","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14366"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14366\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14367,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14366\/revisions\/14367"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11320"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14366"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14366"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14366"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}