{"id":14383,"date":"2023-03-27T04:52:40","date_gmt":"2023-03-27T04:52:40","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14383"},"modified":"2023-03-27T04:52:40","modified_gmt":"2023-03-27T04:52:40","slug":"mahkamah-rayuan-benar-permohonan-ahmad-zahid-dapatkan-pasport-secara-kekal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/mahkamah-rayuan-benar-permohonan-ahmad-zahid-dapatkan-pasport-secara-kekal\/","title":{"rendered":"Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi\u00a0membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan\u00a0Ahmad Zahid yang juga\u00a0Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah\u00a0untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Mahkamah telah meneliti afidavit\u00a0dan hujahan bertulis dikemukakan pemohon (Ahmad Zahid). Perintah yang dipohon dibenarkan oleh mahkamah,&#8221; kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan yang difailkan Ahmad Zahid menerusi peguamnya Datuk Hisyam Teh Poh Teik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memfailkan permohonan baharu di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Feb lepas menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan hanya membenarkan pelepasan sementara pasport itu bagi Ahmad Zahid memohon\u00a0pasport diplomatik dan seterusnya menyerahkan semula kedua-dua pasport itu kepada mahkamah, setelah segala urusan permohonan diplomatik selesai.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, melibatkan dana Yayasan Akalbudi, yang kini di peringkat pembelaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Berdasarkan notis usul yang difailkan pada 13 Feb lepas, Ahmad Zahid, 70, memohon pelepasan pasport dipertimbangkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan supaya pasport tersebut dapat dilepaskan secara penuh dan kekal, dengan apa-apa syarat sewajarnya yang dikenakan oleh mahkamah itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi\u00a0terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata keputusan itu bakal memprejudiskan hak dan tanggungjawabnya sebagai individu, yang berada dalam barisan kepimpinan negara kerana perlu memohon secara rasmi di mahkamah, setiap kali perlu ke luar negara atas urusan kerja.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebagai seorang individu yang menjawat antara jawatan tertinggi dalam negara, ia dilihat tidak praktikal dan rumit untuk saya memohon ke mahkamah setiap kali ingin melakukan tugasan ke luar negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cOleh itu, wajar bagi Mahkamah Rayuan mempertimbangkan bahawa kelulusan permohonan itu bakal memberi kebaikan dan kelangsungan terhadap pentadbiran negara, yang menjadi tanggungjawab setiap individu rakyat Malaysia,\u201d katanya dalam\u00a0afidavit sokongan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahmad Zahid menyatakan bahawa permohonan itu sama sekali tidak bersifat mala fide (niat jahat) atau prejudis terhadap mana-mana pihak, kerana beliau mengaku janji untuk tetap memberi kerjasama penuh dalam menyelesaikan kes (rasuah) sehingga ke peringkat akhir pembelaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hisyam ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, anak guamnya berjaya mendapatkan semula pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal dan berikutan keputusan hari ini, Ahmad Zahid hanya tertakluk kepada\u00a0jaminan RM2 juta tanpa syarat tambahan lain.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":501,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-14383","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14383","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14383"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14383\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14384,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14383\/revisions\/14384"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/501"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14383"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14383"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14383"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}