{"id":14429,"date":"2023-03-30T11:03:05","date_gmt":"2023-03-30T11:03:05","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14429"},"modified":"2023-03-30T11:08:54","modified_gmt":"2023-03-30T11:08:54","slug":"langkah-keselamatan-tidak-akan-dilonggarkan-meskipun-keadaan-tenang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/langkah-keselamatan-tidak-akan-dilonggarkan-meskipun-keadaan-tenang\/","title":{"rendered":"Langkah keselamatan tidak akan dilonggarkan meskipun keadaan tenang"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Langkah keselamatan di\u00a0kawasan\u00a0Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) tidak akan dilonggarkan sama sekali meskipun\u00a0kawasan berkenaan kini berada dalam keadaan yang selamat dan tenang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Polis Negara Tan Sri Acyrl Sani Abdullah Sani\u00a0berkata\u00a0anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom)\u00a0tidak akan bersikap sambil lewa dalam situasi tenang kini dan sikap itu\u00a0menunjukkan isyarat bahawa pasukan\u00a0keselamatan tidak\u00a0akan berkompromi atau bertolak ansur dalam menjaga keselamatan negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPihak berkuasa akan terus melipatgandakan usaha supaya kita tidak terperangkap dalam keadaan tidak bersiap sedia, itu yang\u00a0sangat mustahak. Alhamdulillah, apa yang kita alami sekarang ini adalah\u00a0keadaan tenang dan terkawal.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKawasan pesisir Pantai Timur Sabah ini memang terdedah kepada pelbagai ancaman bukan sahaja di perbatasan tetapi juga isu melibatkan beberapa tuntutan daripada pihak\u00a0tertentu yang sentiasa mendatangkan masalah dari\u00a0aspek kesejahteraan dan keselamatan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan serah terima tugas antara Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah yang bersara wajib\u00a0kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun yang memangku jawatan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kepayan, di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Acyrl Sani berkata penambahan dua\u00a0batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah yang diumumkan baru-baru ini, juga antara langkah keselamatan di sempadan negara yang turut mengambil kira perkembangan dari sudut infrastruktur dan ekonomi negara jiran yang dijangka memberi impak kepada negeri ini.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya\u00a0keupayaan Pasukan Polis Marin juga akan ditingkatkan bagi memastikan ancaman dari\u00a0arah laut dapat ditangani dengan baik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengenai majlis itu, Acyrl Sani berkata pelantikan rasmi bagi jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah serta\u00a0beberapa jawatan lain\u00a0termasuk jawatan pegawai dalam ESScom akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat\u00a0diadakan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Penubuhan Esszone, yang terletak di kawasan Timur Sabah diumumkan pada 25 Mac 2013 dan ESSCom, yang bakal menyambut ulang tahun penubuhan\u00a0ke-10 pada 1 April ini, merupakan agensi bertanggungjawab menjaga keselamatan di kawasan itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Penubuhan dua entiti penting keselamatan itu dibuat bagi meningkatkan tahap keselamatan di\u00a0Pantai Timur Sabah terutama selepas\u00a0pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013 yang menyaksikan 10 anggota keselamatan negara terkorban manakala 68 pengganas ditembak mati.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Langkah keselamatan di\u00a0kawasan\u00a0Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) tidak akan dilonggarkan sama sekali meskipun\u00a0kawasan berkenaan kini berada dalam&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14430,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-14429","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14429","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14429"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14429\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14431,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14429\/revisions\/14431"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14430"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14429"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14429"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14429"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}