{"id":1444,"date":"2021-05-28T08:50:51","date_gmt":"2021-05-28T08:50:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=1444"},"modified":"2021-06-17T10:30:40","modified_gmt":"2021-06-17T10:30:40","slug":"lapan-ahli-kumpulan-abu-sayyaf-diserah-kepada-filipina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/lapan-ahli-kumpulan-abu-sayyaf-diserah-kepada-filipina\/","title":{"rendered":"Lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf diserah kepada Filipina"},"content":{"rendered":"<p>SANDAKAN (Bernama): Lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf yang ditahan pasukan keselamatan Malaysia di Beaufort pada 8 Mei lepas, diserahkan kepada pasukan keselamatan Filipina hari ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.<\/p>\n<p>Beliau berkata penyerahan itu dilakukan di perairan sempadan Malaysia-Filipina oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang diwakili Ketua Penguatkuasa Imigresen Sandakan Muhammad Isa Hasley kepada Western Mindanao Command dan Joint Task Force Sulu diwakili Brig Jen Arturo G Rojas.<\/p>\n<p>&#8220;Penyerahan ini dilakukan pada 8.30 pagi tadi menggunakan kuasa di bawah Seksyen 32 (1) Akta Imigresen, kita keluarkan mereka dari Malaysia&#8230;seorang daripada mereka yang diserahkan itu adalah &#8216;sub-leader&#8217; dalam Abu Sayyaf yang dikehendaki oleh pasukan keselamatan Filipina.<\/p>\n<p>&#8220;Hasil siasatan juga mendapati seorang daripada mereka mengaku terlibat dalam beberapa siri penculikan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone),&#8221; katanya kepada pemberita selepas penyerahan tahanan itu di sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut siapa individu yang terlibat dengan kegiatan penculikan di ESSZone itu.<\/p>\n<p>Pada 8 Mei lepas, polis bersama pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf itu dalam operasi khas pada 3 pagi di kawasan paya bakau di Taman Sri Arjuna, Beaufort.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Hazani berkata pasukan keselamatan akan meningkatkan kawalan keselamatan dan risikan di negeri ini bagi mengesan jika masih terdapat saki-baki ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf itu yang berbaiah dengan militan Daesh.<\/p>\n<p>&#8220;Usaha mengesan kita teruskan kerana kita takut masih ada saki-baki (pengganas) yang menjadikan Sabah sebagai tempat persembunyian dan menyampaikan dakyah kepada penduduk tempatan dan rakan senegara atau kepada pendatang haram lain,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Hazani berkata sejak 2014 hingga kini, pasukan keselamatan telah menahan 83 ahli kumpulan pengganas di Sabah.<\/p>\n<p>SabahNewsToday <\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN (Bernama): Lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf yang ditahan pasukan keselamatan Malaysia di Beaufort pada 8 Mei lepas, diserahkan kepada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":1209,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-1444","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1444","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1444"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1444\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1928,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1444\/revisions\/1928"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1209"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1444"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1444"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1444"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}