{"id":14447,"date":"2023-03-31T11:52:04","date_gmt":"2023-03-31T11:52:04","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14447"},"modified":"2023-03-31T11:59:47","modified_gmt":"2023-03-31T11:59:47","slug":"imigresen-sabah-tumpas-sindiket-pemalsuan-dokumen-permit-masuk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/imigresen-sabah-tumpas-sindiket-pemalsuan-dokumen-permit-masuk\/","title":{"rendered":"Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokumen permit masuk"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: \u00a0Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula\u00a0Rabu\u00a0hingga semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengarah Imigresen Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata kesemua yang ditahan dalam operasi dua itu itu terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 24 hingga 59 tahun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kewarganegaraan kesemua individu berkenaan belum dikenal pasti kerana dokumen yang digunakan masih dalam siasatan dan peranan kesemua suspek juga sedang disiasat,&#8221; katanya pada\u00a0sidang media di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata dalam operasi\u00a0kira-kira 10.30 malam Rabu lepas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sembulan Lama,\u00a0enam pegawai Unit Risikan Jabatan Imigresen Sabah menahan tiga lelaki dan dua wanita didapati memiliki permit masuk yang disyaki palsu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0Katanya antara barangan dirampas daripada mereka ialah\u00a028 dokumen permit masuk, 16 dokumen surat arahan pembayaran permit masuk, 15 resit pembayaran permit masuk dan 28 borang permohonan Dokumen Orang Asing Khas (IMM13), yang kesemuanya disyaki paslu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sh Sitti Saleha berkata hasil soal siasat terhadap mereka, anggota JIM Sabah bertindak\u00a0menyerbu\u00a0kawasan Riverside Sembulan kira-kira 1 tengah hari\u00a0semalam dan\u00a0menahan seorang wanita.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Pemeriksaan terhadap wanita itu menemukan\u00a018 resit pembayaran Pendaftaran Kad Pengenalan MyKad yang disyaki palsu dan wang tunai sebanyak RM744.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Hasil siasatan lanjut terhadapnya,\u00a0anggota JIM Sabah menggeledah\u00a0sebuah rumah di sekitar Kuala Menggatal dan menemukan\u00a0lapan resit rasmi pembayaran JIM, lapan surat arahan pembayaran permit masuk yang disyaki palsu, 15 borang permohonan kad pengenalan lengkap dengan gambar dan cap jari,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata sindiket berkenaan disyaki telah beroperasi sejak April 2022 dan mengaut keuntungan sekitar RM60,000 hingga RM100,000.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Usaha sedang dilakukan bagi\u00a0mengesan seorang lagi individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes ini dan dipercayai berada di sebuah negeri di Semenanjung. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita juga sedang menjalankan siasatan untuk memastikan sama ada kes ini berkaitan dengan kes-kes yang berlaku di Sabah sebelum ini,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sh Sitti Saleha berkata kes disiasat mengikut\u00a0Seksyen 55D dan Seksyen 56 (1) (I) Akta Imigresen 1959\/63 serta pihaknya\u00a0akan terus komited mempergiat Ops Serkap dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang dan peraturan-peraturan Imigresen yang berkuat kuasa.\u00a0<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: \u00a0Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14448,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-14447","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14447","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14447"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14447\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14449,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14447\/revisions\/14449"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14448"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14447"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14447"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14447"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}