{"id":14467,"date":"2023-04-01T09:38:38","date_gmt":"2023-04-01T09:38:38","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14467"},"modified":"2023-04-02T01:24:45","modified_gmt":"2023-04-02T01:24:45","slug":"esscom-sentiasa-tingkat-hadapi-sebarang-ancaman-luar-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/esscom-sentiasa-tingkat-hadapi-sebarang-ancaman-luar-hamzah\/","title":{"rendered":"ESSCOM sentiasa tingkat hadapi sebarang ancaman luar &#8211; Hamzah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">LAHAD DATU: Kesiapsiagaan berdepan sebarang ancaman luar termasuk daripada kumpulan militan dan penjenayah rentas sempadan\u00a0sentiasa dipertingkatkan di kawasan\u00a0Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Hamzah Ahmad berkata kawasan\u00a0ESSZone\u00a0dan Sabah amnya masih berdepan ancaman keselamatan kumpulan militan seperti\u00a0Daulah Islamiyah-Maute Group (DI-MG) serta Pejuang Pembebasan Islam\u00a0 Bangsamoro (BIFF) yang bergerak aktif di negara jiran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">&#8220;Hal ini kerana pasukan keselamatan negara jiran yang melaksanakan operasi ofensif berterusan memberi tekanan kepada kumpulan-kumpulan ini dan dikhuatiri berlaku kesan limpahan dari negara jiran sekali gus memberi ancaman kepada ESSZone.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cSebab itu saya mohon seluruh (anggota) ESSCom menggembleng usaha memastikan keselamatan dan kedaulatan Zon Selamat Timur Sabah terus terpelihara,&#8221; katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Hari Ulang Tahun ke-10 ESSCom, di sini, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Beliau berkata semua pihak terutama rakyat di negara ini tidak mahu melihat peristiwa pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, sedekad lalu (Februari 2013),\u00a0berulang\u00a0dan menggugat keamanan yang telah dikecapi pada masa ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Peristiwa berdarah tragedi Tanduo yang mengorbankan 10 perwira negara dan 68 anggota kumpulan penceroboh didakwa kumpulan\u00a0pewaris Sulu\u00a0tercetus selepas kira-kira 100 penceroboh dari selatan Filipina mendarat di pantai Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu\u00a0pada 12 Feb 2013.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Hamzah berkata pihaknya melaksanakan pelbagai operasi tertumpu di kawasan ESSZone dengan penekanan kepada pemantapan aspek keselamatan di sempadan\u00a0 antarabangsa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">&#8220;Pada tahun ini kita memperkasa Operasi Sanggah ESSCom di ESSZone, di samping meneruskan operasi termasuk Op Gasak Laut dan Op Gasak Darat serta Op Bersepadu bagi mengesan sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan mahupun anasir luar pencerobohan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">&#8220;Selain itu kita juga mengekalkan penugasan pos kawalan pasukan keselamatan di daratan iaitu Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Sapi Nangoh serta Kalabakan\u00a0 manakala lokasi\u00a0 yang berada jauh dari penempatan pos kawalan, kita akan menggunakan teknologi keselamatan termasuk sistem radar,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Hamzah, berkata ESSCom turut merancang pembinaan pangkalan bot ronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Seguntur, Sandakan di bawah rolling plan ketiga (RP3) Rancangan Malaysia ke-12 tahun 2023.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Sementara itu, ketika ditemui pemberita, beliau berkata pihaknya masih dalam proses menubuhkan Pusat Pemeriksaan Laut (SCP) bagi membanteras jenayah rentas sempadan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Katany, ESScom turut memperhebat penglibatan masyarakat bersama kerajaan dalam menjaga keselamatan negara selain memperkukuh semangat patriotisme rakyat.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LAHAD DATU: Kesiapsiagaan berdepan sebarang ancaman luar termasuk daripada kumpulan militan dan penjenayah rentas sempadan\u00a0sentiasa dipertingkatkan di kawasan\u00a0Zon Selamat Timur&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14468,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-14467","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14467","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14467"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14467\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14469,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14467\/revisions\/14469"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14468"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14467"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14467"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14467"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}