{"id":14500,"date":"2023-04-04T02:06:51","date_gmt":"2023-04-04T02:06:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14500"},"modified":"2023-04-04T02:06:51","modified_gmt":"2023-04-04T02:06:51","slug":"sabah-menerima-pelaburan-bernilai-lebih-rm33b-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-menerima-pelaburan-bernilai-lebih-rm33b-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah menerima pelaburan bernilai lebih RM33b &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">TUARAN: Kerajaan negeri meluluskan pelaburan berjumlah RM11.5 bilion membabitkan 89 projek yang menjana kira-kira 4,566 pekerjaan sejak penularan wabak Covid-19 sehingga tahun lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini tidak termasuk projek Keluli Hijau Bersepadu bernilai RM19.6 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang ditandatangani pada November 2022.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, projek Keluli Hijau ini serta pelaburan lain dalam proses pelaksanaan sekali gus Sabah akan menerima sejumlah RM33.4 bilion.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cRM11.5 bilion itu, RM9.2 bilion adalah Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan RM2.3 bilion lagi adalah pelaburan domestik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201c72.9 peratus daripada pelaburan atau RM8.4 bilion adalah dalam sektor pembuatan, manakala RM1.6 bilion dalam sektor utama terdiri daripada pertanian, perlombongan, komoditi dan perladangan, dan sektor perkhidmatan, RM1.5 bilion,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, pelaburan ini adalah usaha terkumpul Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri (MIDE), SEDIA dan agensi berkaitan lain, katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKini SEDIA berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi secara langsung, kita mahu semua permohonan dan pelaksanaan projek di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) diselaraskan dengan lebih baik dengan garis masa yang ditetapkan dan semua prosedur dipatuhi,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kerajaan negeri turut mengalu-alukan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan oleh Kementerian Ekonomi pada 26 Feb 2023.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini sekali gus akan membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan miskin tegar dan golongan berpendapatan B40 melalui program seperti Usahawan Tani (INTAN), Usahawan Makanan (INSAN) dan Operator Perkhidmatan (IKHSAN).<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN: Kerajaan negeri meluluskan pelaburan berjumlah RM11.5 bilion membabitkan 89 projek yang menjana kira-kira 4,566 pekerjaan sejak penularan wabak Covid-19&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14501,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-14500","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14500","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14500"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14500\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14502,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14500\/revisions\/14502"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14501"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14500"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14500"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14500"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}