{"id":14691,"date":"2023-04-16T11:51:32","date_gmt":"2023-04-16T11:51:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14691"},"modified":"2023-04-16T11:51:32","modified_gmt":"2023-04-16T11:51:32","slug":"ekonomi-sabah-dapat-dipulih-diperhebatkan-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ekonomi-sabah-dapat-dipulih-diperhebatkan-hajiji\/","title":{"rendered":"Ekonomi Sabah dapat dipulih, diperhebatkan &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">TUARAN: Keadaan ekonomi negeri Sabah dapat dipulih serta diperhebatkan lagi pertumbuhannya di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kemajuan serta holistik dapat dilaksanakan oleh kerajaan demi pembangunan yang lebih inklusif, seimbang dan saksama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya yakin, Kerajaan ini berkemampuan untuk melakukan perubahan, mengurangkan kadar pengangguran, membasmi kemiskinan dan sudah tentu memberikan keselesaan hidup kepada seluruh rakyat, insya Allah!\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, dalam keadaan ekonomi negeri dan negara masih dalam proses pemulihan akibat pandemik tiga tahun lalu, Sabah sangat bernasib baik kerana masih mampu merekodkan pencapaian tertinggi dalam kutipan hasil negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, kejayaan membanggakan itu adalah hasil daripada kerja keras serta kesungguhan di pihak Kerajaan Negeri yang turut dibantu oleh anggota penjawat awam, yang komited dalam membangunkan negeri yang tercinta ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita tetap akan bekerja keras, berusaha dan terus berusaha untuk terus memperkukuhkan kewangan negeri sesuai dengan dasar Hala Tuju SMJ.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUntuk itu, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan dasar dan polisi yang kukuh serta mesra pelabur, bertujuan untuk menarik lebih ramai pelabur datang dan membuat pelaburan di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cApabila bilangan pelabur bertambah, maka akan bertambah jugalah spin-off effects- nya terhadap ekonomi negeri, lantaran peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan akan terbuka luas untuk direbut oleh anak-anak tempatan,\u201d tegasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, sejak negara bergelut dengan pandemik Covid-19 sehingga tahun lalu, Kerajaan Negeri telah meluluskan kemasukan pelaburan daripada sektor ekonomi bernilai RM11.5 bilion melibatkan 89 buah projek yang dapat menjana 4,566 peluang pekerjaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, dengan tambahan projek Keluli Hijau Bersepadu (integrated green steel) bernilai RM19.6 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang telah ditandatangani pada bulan November tahun lalu, termasuk beberapa lagi projek pelaburan yang kini sedang dalam proses untuk dilaksanakan, Sabah akan memperoleh jumlah pelaburan langsung asing dan domestik berjumlah RM33.4 bilion.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menegaskan, membela hidup rakyat merupakan antara agenda besar Kerajaan, sama ada di peringkat negeri mahu pun di peringkat pusat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, Kerajaan sememangnya amat prihatin dan mengambil berat tentang apa jua isu yang berkaitan dengan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti anak- anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU), golongan asnaf dan mualaf.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Justeru katanya, dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, selain menunaikan ibadah puasa kita juga sangat dituntut untuk memperbanyakkan amal sedekah dan membantu golongan yang memerlukan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSelain sumbangan bantuan oleh kerajaan, saya amat menggalakkan mana-mana agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan mahupun syarikat swasta dan badan bukan kerajaan untuk menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Ini bagi membolehkan mereka bersama-sama menikmati perayaan ini sama seperti orang lain.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Hajiji menyeru kepada rakyat agar sentiasa mengamalkan sikap bersederhana dalam berbelanja agar tidak berlaku pembaziran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDengan berjimat cermat, ia akan memperkukuhkan ekonomi keluarga dan sebagai persiapan untuk keperluan masa akan datang, seperti pendidikan anak-anak,\u201d tegasnya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN: Keadaan ekonomi negeri Sabah dapat dipulih serta diperhebatkan lagi pertumbuhannya di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14692,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-14691","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14691","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14691"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14691\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14693,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14691\/revisions\/14693"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14692"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14691"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14691"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14691"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}