{"id":14869,"date":"2023-04-29T06:35:09","date_gmt":"2023-04-29T06:35:09","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14869"},"modified":"2023-04-29T06:35:09","modified_gmt":"2023-04-29T06:35:09","slug":"pesta-kaamatan-diraihkan-bersama-seluruh-rakyat-malaysia-jeffrey","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pesta-kaamatan-diraihkan-bersama-seluruh-rakyat-malaysia-jeffrey\/","title":{"rendered":"Pesta Kaamatan Diraihkan Bersama Seluruh Rakyat Malaysia &#8211; Jeffrey"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>PENAMPANG: Seperti mana perayaan lain di negara ini Pesta Kaamatan wajar diraikan secara bersama semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan tidak terhad diraikan penduduk Sabah semata-mata.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Menteri I\u00a0Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, meraikan secara bersama Pesta Kaamatan, sebuah pesta menuai tahunan pada 30 dan 31 Mei, dapat mengukuhkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, selain memupuk semangat kesefahaman dengan mendalam\u00a0mengenai adat serta budaya antara satu sama lain.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Justeru katanya pelbagai acara sempena Pesta Kaamatan telah diatur di Sabah juga di Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung bagi meraikan Pesta Kaamatan bersama seluruh rakyat Malaysia, antaranya Unduk Ngadau, pertandingan ratu cantik tradisi,\u00a0dan Sugandoi, pertandingan nyanyian lagu rakyat.<\/p>\n<p>\u201cPelancaran sambutan Pesta Kaamatan dijadualkan pada 1 Mei ini, kemudian pelbagai acara akan diadakan, dan ia juga akan disambut di luar Sabah dan Sarawak, seperti di Johor pada 5 Mei, Melaka pada 6 Mei dan Lembah Klang 13\u00a0Mei,\u201d katanya pada sidang media di sini hari ini.<\/p>\n<p>Pelancaran Pesta Kaamatan 2023 pada 1 Mei ini akan berlangsung di Dewan Seri Sulaman, Tuaran, dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dan kemudian pelbagai acara telah diatur di daerah-daerah Sabah, serta negeri lain seluruh negara, sebelum sambutan kemuncak di sini pada 30 dan 31 Mei.<\/p>\n<p>Jeffrey berkata selain Malaysia\u00a0pihaknya juga menerima cadangan mengadakan sambutan\u00a0perayaan itu di luar negara seperti di Australia dan New Zealand, justeru beliau mengalu-alukan cadangan itu serta mengajak orang ramai di luar negara untuk bersama meraikan Pesta Kaamatan.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Katanya bagi memastikan budaya serta tradisi Pesta Kaamatan dikekalkan untuk generasi akan datang, pihaknya sedang berusaha untuk mendaftarkan elemen pesta itu dengan\u00a0Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).<\/p>\n<p>Beliau\u00a0yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan 2023\u00a0berkata, pihaknya merancang untuk menghantar tujuh elemen perayaan itu bagi didaftarkan dengan\u00a0UNESCO merangkumi pakaian, makanan dan muzik tradisi.<\/p>\n<p>\u201cSelain mengekalkan budaya dan tradisi ini, dengan mendaftarkan elemen ini dengan UNESCO kita juga berharap dapat membawa Pesta Kaamatan ini ke peringkat antarabangsa sebagai sebuah budaya dan tradisi yang dikongsi seluruh dunia,\u201d katanya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Sementara itu,\u00a0Jeffrey menasihatkan orang ramai yang menyambut dan menyertai acara dalam Pesta Kaamatan supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan langkah pencegahan penyakit berjangkit seperti COVID-19 dengan memakai penutup muka di kawasan awam di samping\u00a0kerap menggunakan pembasmi kuman untuk menjaga kebersihan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Seperti mana perayaan lain di negara ini Pesta Kaamatan wajar diraikan secara bersama semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":1219,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-14869","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14869","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14869"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14869\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14870,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14869\/revisions\/14870"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1219"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14869"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14869"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14869"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}