{"id":14908,"date":"2023-05-03T03:07:52","date_gmt":"2023-05-03T03:07:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=14908"},"modified":"2023-05-03T03:51:16","modified_gmt":"2023-05-03T03:51:16","slug":"catuan-bekalan-elektrik-di-sabah-permintaan-tinggi-akibat-cuaca-panas-sesb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/catuan-bekalan-elektrik-di-sabah-permintaan-tinggi-akibat-cuaca-panas-sesb\/","title":{"rendered":"Catuan Bekalan Elektrik Di Sabah Permintaan Tinggi Akibat Cuaca Panas &#8211; SESB"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU:\u00a0Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang melaksanakan catuan bekalan elektrik di beberapa daerah di Sabah akibat permintaan tinggi susulan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">SESB menerusi kenyataan hari ini memaklumkan catuan bekalan elektrik yang dilaksanakan\u00a0di beberapa daerah secara bergilir-gilir bertujuan menstabilkan sistem grid elektrik negeri ini dan mengelakkan keseluruhan Sabah mengalami gangguan bekalan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut SESB secara purata,\u00a0pemintaan bekalan elektrik pada waktu puncak untuk Sabah adalah sekitar\u00a0 970 megawatt (MW), bagaimanapun pada 26 April lalu negeri ini telah mencatat permintaan paling tinggi untuk tahun ini iaitu\u00a01,029MW.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKeadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini secara tidak langsung telah meningkatkan permintaan tertinggi tenaga elektrik. Kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sabah secara amnya boleh menampung jumlah permintaan tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBagaimanapun\u00a0baru-baru ini\u00a0terdapat beberapa loji penjanaan telah mengalami masalah di luar jangka menyebabkan loji-loji tersebut tidak dapat menjana tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan grid (elektrik) Sabah,\u201d menurutnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut kenyataan itu,\u00a0pada\u00a012 April lalu sebuah\u00a0stesen janakuasa bebas (IPP) berkapasiti 100MW telah mengalami kerosakan luar jangka menyebabkan SESB melakukan catuan bekalan, sebelum loji itu beroperasi semula setelah kerosakan berjaya dibaiki pada keesokan harinya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara catuan bekalan antara 40MW hingga 60MW dilakukan pada 27 dan 28 April lalu akibat masalah teknikal luar jangka yang dialami oleh beberapa stesen janakuasa milik SESB dan juga stesen janakuasa bebas hingga kehilangan kapasiti penjanaan hampir 64MW.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Pegawai Eksekutif SESB\u00a0Mohd Yaakob Jaafar dalam kenyataan sama berkata SESB sedang berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga dalam menangani masalah kekurangan rizab bekalan elektrik dengan menambah penjaaan baharu di Sabah dan Labuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSESB ketika ini di dalam proses untuk menaik taraf sistem pembekalan elektrik di negeri ini dan pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan dan sebahagian daripada usaha ini,\u00a0kini di peringkat mendapatkan kelulusan pihak pemegang taruh,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mohd Yaakob berkata SESB memahami kesulitan dialami pengguna ketika berlaku gangguan bekalan elektrik, namun pada masa sama SESB memohon kerjasama pengguna untuk turut memahami kekangan yang dihadapi SESB dalam memberikan perkhidmatan yang mampan kepada pengguna.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Para pengguna dinasihatkan untuk menghubungi SESB Careline 15454, <a href=\"tel:088-515000\">088-515000<\/a> atau melalui aplikasi Whatsapp <a href=\"tel:019-%208525427\">019- 8525427<\/a> dan melalui aplikasi mySESB bagi sebarang pertanyaan, laporan\u00a0juga maklum balas.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU:\u00a0Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang melaksanakan catuan bekalan elektrik di beberapa daerah di Sabah akibat permintaan tinggi susulan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14554,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-14908","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14908","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14908"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14908\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14910,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14908\/revisions\/14910"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14554"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14908"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14908"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14908"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}