{"id":15006,"date":"2023-05-13T00:47:32","date_gmt":"2023-05-13T00:47:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15006"},"modified":"2023-05-13T00:47:32","modified_gmt":"2023-05-13T00:47:32","slug":"rayuan-teliti-semula-persempadanan-baharu-papar-armizan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/rayuan-teliti-semula-persempadanan-baharu-papar-armizan\/","title":{"rendered":"Rayuan teliti semula persempadanan baharu Papar \u2013 Armizan"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PAPAR: Kerajaan negeri perlu meneliti berkaitan semula persempadanan baharu daerah Papar berikutan wujudnya Daerah Membakut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata penelitian semula itu bagi membolehkan kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendapat manfaat daripada kutipan hasil terutama di kawasan yang dibangunkan oleh Patroliam Nasional Berhad (Petronas).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPersempadanan hanya melibatkan beberapa kawasan di sempadan di antara kedua-dua yang menjadi\u2026dua-dua Pejabat Daerah menghendaki kawasan tersebut mengambil kira kawasan itu telah membawa\u00a0hasil yang cukup besar yang selama ini kepada\u00a0Daerah Papar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJadi, kita merayu kalau boleh dilihat semula persempadanan itu dibahagi-bahagikan kawasan itu supaya kedua-dua daerah PBT akan mempunyai perkongsian juga manfaat daripada kutipan hasil di kawasan pembangunan yang dilaksanakan oleh Petronas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKawasan tersebut yang merupakan lubuk kepada hasil kutipan sebelum ini dipindahkan ke kawasan Membakut, walaupun selama ini pembangunan di kawasan itu telah dilaksanakan dengan sepenuh kerja keras melalui pentadbiran Pejabat dan Majlis Daerah Papar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebelum\u00a0ini, Majlis Daerah Papar dan Pejabat\u00a0Daerah Papar merayu mengusulkan supaya persempadanan yang diluluskan sekarang ini tidak sebegitu rupa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cNamun, difahamkan ada wakil rakyat dari Papar yang secara sendiri mengemukakan persetujuan beliau yang tidak bertepatan dengan cadangan yang dikemukakan\u00a0oleh Pejabat dan Majlis Daerah Papar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAkhirnya kerajaan negeri bersetuju dengan persempadanan itu kerana mengambil kira antaranya persetujuan daripada wakil rakyat berkenaan,\u201d jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar menegaskan beliau tidak berhasrat untuk menghalang penubuhan Majlis Daerah Membakut, sebaliknya amat mengalu-alukan usaha mewujudkan sistem penyampaian\u00a0yang lebih baik kepada rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, beliau bimbang berkaitan status dan kedudukan Majlis Daerah Papar yang akan terkesan akibat persempadanan baharu tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDifahamkan bahawa persempadanan itu telahpun dipersetujui oleh Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah Membakut juga telah mula beroperasi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDalam kita mengalu-alukan keputusan kerajaan tersebut yang kita lihat boleh memantapkan lagi pelaksanaan pentadbiran kerajaan di peringkat akar umbi, kita juga mengemukakan sedikit kebimbangan khususnya persempadanan yang melibatkan PBT iaitu majlis daerah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita sedikit bimbang dengan status dan kedudukan PBT iaitu Majlis Daerah Papar apabila persempadanan dilaksanakan kerana kutipan hasil bukanlah tinggi masih pada kadar sederhana.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita khuatir tentang Majlis Daerah Papar khususnya dari segi bagaimana ia dapat\u00a0<\/span><span class=\"s2\">self-sufficient<\/span><span class=\"s1\">\u00a0untuk menjalankan operasinya kalau diwujudkan Majlis Daerah Membakut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMajlis Daerah memerlukan sebahagian besar seharusnya ditanggung oleh kutipan hasil. Kita melihat sekiranya pelaksanaan Majlis Daerah Papar dipecah dua pada masa kini, kita khuatir ketidakcukupan hasil untuk memastikan kedua-dua PBT ini\u00a0 dapat beroperasi,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bercakap kepada pemberita dalam Majlis Warna Warni Aidilfitri Pejabat Daerah Bersama Jabatan dan Agensi Kerajaan di sini, beliau turut merayu kerajaan negeri agar menangguhkan penubuhan Majlis Daerah Membakut sehingga masa yang sesuai.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cYang kedua, kita ingin merayu supaya penubuhan Majlis Daerah Membakut itu dapat ditangguh terlebih dahulu melalui perancangan yang teliti sehingga suatu ketika.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPelaksanaan untuk mewujudkan Majlis Daerah Membakut itu perlu ditangguh terlebih dahulu sehingga masa yang sesuai untuk kita pastikan apabila diwujudkan kelak kedua-dua PBT mempunyai hasil yang mencukupi untuk operasinya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cApabila kita merasa kutipan hasil kedua-dua PBT mencukupi untuk mereka beroperasi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat tanpa dana tambahan daripada kerajaan untuk operasi belanja mengurus\u2026itu yang penting.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebab bagi saya, yang utama sekarang ini kekangan sumber kerajaan yang terhad itu perlu diutamakan kepada belanja pembangunan.\u00a0<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAPAR: Kerajaan negeri perlu meneliti berkaitan semula persempadanan baharu daerah Papar berikutan wujudnya Daerah Membakut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13380,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-15006","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15006","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15006"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15006\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15007,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15006\/revisions\/15007"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13380"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15006"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15006"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15006"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}