{"id":15016,"date":"2023-05-14T11:00:06","date_gmt":"2023-05-14T11:00:06","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15016"},"modified":"2023-05-14T11:11:07","modified_gmt":"2023-05-14T11:11:07","slug":"masa-depan-generasi-muda-perlu-jadi-keutamaan-kerajaan-perpaduan-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/masa-depan-generasi-muda-perlu-jadi-keutamaan-kerajaan-perpaduan-hajiji\/","title":{"rendered":"Masa Depan Generasi Muda Perlu Jadi Keutamaan Kerajaan Perpaduan &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KUALA LUMPUR: Masa depan generasi muda perlu diangkat sebagai salah satu segmen penting dan agenda keutamaan Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan perlu menyantuni \u201cfear and concern\u201d anak-anak muda kita tentang peluang pekerjaan mereka hari ini dan cabaran masa depan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, beliau memberikan jaminan bahawa suara dan tuntutan Sabah berkaitan hak-hak dan kepentingan Sabah bukan hanya berkisar tentang kepentingan kenegerian semata- mata.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTetapi berlandaskan komitmen menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita tidak sesekali mengambil hak-hak orang lain, tetapi menuntut agar hak-hak kita dipelihara dan dilaksanakan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTidak timbul soal kesetiaan kepada negara, tanah air ini milik bersama, hidup dan mati kita adalah untuk negara Malaysia tercinta\u201d, katanya hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji merupakan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, Sabah menghargai keprihatinan Perdana Menteri dalam melaksanakan isu-isu tertangguh sekian lama berhubung MA63.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita amat berharap komitmen tinggi Perdana Menteri ini didokong dan dilaksanakan oleh seluruh penggubal dan pelaksana dasar Kerajaan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPerjuangan GRS adalah seiring dengan agenda Membangun Malaysia Madani. Formula tempatan dan citra lokal yang menjadi landasan perjuangan kita adalah didirikan atas satu hasrat dan matlamat iaitu membentuk kesatuan seluruh rakyat untuk bergerak seiring, sehati sejiwa membawa perubahan, melonjakkan pembangunan Sabah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, GRS bertekad untuk terus memperkukuhkan gagasan perpaduan ini, dan mengajak semua rakan untuk terus melangkah ke hadapan demi mengangkat agenda rakyat melalui Kerajaan Perpaduan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, tema Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan iaitu Madani: Mengangkat Agenda Rakyat amat bertepatan dan wajar diletakkan sebagai landasan setiap dasar dan program Kerajaan di semua peringkat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHari ini keutamaan kita adalah untuk memaknai gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri. Kita membangun Malaysia Madani dengan mengangkat agenda rakyat. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSecara tuntasnya, nilai dan makna Malaysia Madani bukan semata-mata menjadikan negara ini maju, tetapi juga rakyatnya berkemajuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTidak lengkap nilai kemajuan itu sekiranya hanya sebilangan kumpulan masyarakatnya maju dan masih ada yang ketinggalan dari arus perdana, apatah lagi yang masih hidup susah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAtas sebab itu, GRS amat mengalu-alukan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam agenda menoktahkan kemiskinan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, makna kemajuan itu juga tidak lengkap sekiranya kepesatan pembangunan itu hanya bertumpu di kawasan dan negeri tertentu semata-mata, dan masih ada negeri dan wilayah yang bergelumang dengan kemunduran ekonomi dan isu- isu legasi infrastruktur termasuk kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, menjadi harapan GRS agar Kerajaan Persekutuan meletakkan dan mengangkat agenda kesaksamaan sosio-ekonomi rakyat dan wilayah sebagai agenda nasional dalam Pembangunan Malaysia Madani.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, GRS memberikan sepenuh komitmen kepada perjuangan Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita mendoakan rakan-rakan parti gabungan Kerajaan Perpaduan memperolehi kejayaan cemerlang dalam Pilihan Raya Negeri-Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSekiranya diperlukan oleh mana-mana negeri dan sekiranya bersesuaian dan diperlukan, kita bersedia membantu rakan-rakan sekalian,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Masa depan generasi muda perlu diangkat sebagai salah satu segmen penting dan agenda keutamaan Kerajaan Perpaduan. Ketua Menteri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15017,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-15016","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15016","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15016"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15016\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15018,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15016\/revisions\/15018"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15017"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15016"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15016"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15016"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}