{"id":15031,"date":"2023-05-15T22:25:20","date_gmt":"2023-05-15T22:25:20","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15031"},"modified":"2023-05-15T22:25:20","modified_gmt":"2023-05-15T22:25:20","slug":"rm8-bilion-sasaran-lkm-eksport-koko-tahun-ini-fadillah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/rm8-bilion-sasaran-lkm-eksport-koko-tahun-ini-fadillah\/","title":{"rendered":"RM8 bilion sasaran LKM Eksport Koko Tahun ini &#8211; Fadillah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyasarkan eksport koko negara mencatatkan nilai\u00a0RM8 bilion tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Beliau berkata justeru, pelbagai program seperti promosi antarabangsa dan domestik dilaksanakan sebaik mungkin untuk memastikan sasaran itu dapat dicapai.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cIndustri koko pada 2022\u00a0telah menyumbang sebanyak RM7.82 bilion melalui perolehan eksport, iaitu meningkat daripada RM6.87 bilion pada 2021,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata sektor huluan koko yang melibatkan pengeluaran biji koko masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Oleh yang demikian, program seperti Hab Perdagangan Koko telah dilancarkan pada 2022 bagi memudahkan proses pengimportan biji koko kering, katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cSelain itu, LKM juga menggalakkan pengeluaran biji koko \u2018premium\u2019 dan \u2018single origin\u2019 yang dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding biji koko \u2018bulk beans\u2019 dan ini mampu meningkatkan pendapatan pekebun,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u2018Single origin\u2019\u00a0bermaksud asal usul koko tersebut dapat dijejaki. Termasuk profil pekebun yang mengeluarkanya serta geografi persekitaran kebun yang menghasilkan koko itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u2018Bulks beans\u2019 pula campuran pelbagai varieti dan gred biji koko yang dijual secara pukal.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Beliau berkata Program Pembangunan Usahawan Coklat juga perlu dilaksanakan untuk\u00a0meningkatkan bilangan usahawan, kapasiti pengeluaran dan peluasan pasaran produk usahawan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cPada tahun lepas saya difahamkan sebanyak \u00a0242 orang telah berdaftar sebagai usahawan bimbingan LKM dengan jumlah produktiviti pengeluaran 103 tan produk coklat bernilai RM6.8 juta,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Fadillah berkata LKM dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) juga bekerjasama untuk membantu meningkatkan pendapatan pekebun koko dengan pihak\u00a0Angkasa akan menyediakan keperluan berkaitan seperti mengenal pasti koperasi dan mengerakkan model latihan bagi menyokong aktiviti koperasi kluster koko.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cKerjasama telah bermula pada 2021 apabila pihak Angkasa telah memberikan dana sebanyak RM150,000\u00a0untuk pembinaan dua kemudahan pemprosesan koko mini di Sabah dan satu di Sarawak yang telah siap pada 2022 dan diguna pakai oleh pekebun koko,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Sementara itu, ketika sidang media, Fadillah berkata sasaran eksport koko Malaysia tahun ini menyasarkan terutama negara di benua Asia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cPaling banyak ekport kita adalah\u00a0melalui Johor, dengan\u00a0pemprosesan juga dilaksanakan di Johor sebab pengimport paling dekat dengan kita ialah Singapura di samping negara Asia Tenggara lain.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cCabaran kita adalah\u00a0daripada penghasilan biji koko itu sendiri untuk dibekalkan kepada industri koko kita,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Beliau berkata pada masa ini pekebun lebih memilih kelapa sawit, kerana\u00a0antara lain proses kerja dan pengurusan lebih mudah berbanding koko, namun pihaknya sedang berusaha menarik lebih ramai pekebun menanam koko menerusi langkah antaranya pemberian bantuan serta kerjasama dengan syarikat besar serta koperasi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Fadillah berkata pada masa ini negara mengimport kira-kira RM6 bilion biji koko setahun dan mengeksport produk koko sebanyak RM7.82 bilion untuk tahun kepas, justeru pelbagai usaha sedang dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan kepada biji koko diimport.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cKita masih mencatatkan\u00a0lebihan (dagangan) namun, jika kita boleh mengeluarkan dalam negara,\u00a0kita boleh mencatatkan\u00a0lebih banyak (pendapatan).<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cKita sedang berusaha\u00a0untuk menambah baik bukan sahaja pekebun kecil malah juga pemilik ladang supaya kita boleh mengeluarkan lebih banyak dan mengurangkan import, pada masa sama kita boleh menumpukan kepada produk akhir, dan boleh mengeksport lebih banyak,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyasarkan eksport koko negara mencatatkan nilai\u00a0RM8 bilion tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15032,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-15031","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15031","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15031"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15031\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15033,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15031\/revisions\/15033"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15032"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15031"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15031"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15031"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}