{"id":15058,"date":"2023-05-17T03:19:43","date_gmt":"2023-05-17T03:19:43","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15058"},"modified":"2023-05-17T03:21:09","modified_gmt":"2023-05-17T03:21:09","slug":"urusan-air-di-sabah-hak-negeri-shahelmey","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/urusan-air-di-sabah-hak-negeri-shahelmey\/","title":{"rendered":"Urusan air di Sabah hak negeri &#8211; Shahelmey"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak akan menyerahkan urusan bekalan air di negeri itu kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi mengalu-alukan bantuan bakal diberi bagi mengatasi masalah air seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad lalu.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya, berkata segala perkara berhubung pengurusan air di Sabah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, mengakui kos penyelarasan dan pengurusan bekalan air di negeri itu membabitkan peruntukan yang sangat besar.<\/p>\n<p>Susulan itu, katanya, kerajaan negeri memerlukan bantuan sama ada geran atau pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek bekalan air di Sabah demi kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Kita mengalu-alukan tawaran Perdana Menteri untuk membantu menyelesaikan masalah air di Sabah.<\/p>\n<p>&#8220;Jika kita lihat video beliau ketika Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan (Ahad lalu), kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri adalah Kerajaan Persekutuan menyelesaikan masalah air di Sabah dan Kelantan.<\/p>\n<p>&#8220;Ia tidak secara spesifik mengatakan (Kerajaan Pusat) akan datang mengambil alih urusan air di Sabah, sebab urusan berkenaan air adalah urusan kerajaan negeri.<\/p>\n<p>&#8220;Sebab itu, saya nyatakan kita mengalu-alukan bantuan Kerajaan Persekutuan tetapi bukan kita menyerahkan urusan air Sabah kepada Kerajaan Persekutuan,&#8221; katanya dalam laporan BH Online hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury.<\/p>\n<p>Sementara itu, Shahelmey berkata, pelaksanaan Fasa Satu Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (LPBS) membabitkan 15 pakej kerja hampir siap sebanyak 79.06 peratus.<\/p>\n<p>Katanya, daripada keseluruhan 15 pakej itu, sebanyak dua pakej dibuka sepenuhnya untuk kegunaan pengguna jalan raya.<\/p>\n<p>Antara dua pakej terbabit ialah Pakej Kerja 27 bagi menaik taraf jalan dari Kampung Lot M ke Sandakan Batu 32 dan Pakej Kerja 5 membabitkan jalan dari Donggongon ke jalan Papar Spur pada tahun lalu.<\/p>\n<p>Dua lagi pakej kerja iaitu Pakej Kerja 15 bagi menaik taraf jalan Tawau-Semporna dan Pakej Kerja 21 membabitkan pembinaan jalan Lahad Datu Bypass dijangka dibuka sepenuhnya pertengahan tahun ini.<\/p>\n<p>Baki 20 pakej kerja bagi projek LPBS yang dijangka akan dimulakan penghujung tahun ini membabitkan kawasan pantai Timur Sabah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak akan menyerahkan urusan bekalan air di negeri itu kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi mengalu-alukan bantuan bakal&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":1615,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-15058","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15058","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15058"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15058\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15060,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15058\/revisions\/15060"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1615"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15058"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15058"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15058"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}