{"id":15121,"date":"2023-05-22T08:06:22","date_gmt":"2023-05-22T08:06:22","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15121"},"modified":"2023-05-22T08:06:22","modified_gmt":"2023-05-22T08:06:22","slug":"warisan-perlu-teliti-sebelum-sokong-ruu-anti-lompat-dun-sabah-shafie","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/warisan-perlu-teliti-sebelum-sokong-ruu-anti-lompat-dun-sabah-shafie\/","title":{"rendered":"WARISAN Perlu Teliti Sebelum Sokong RUU Anti Lompat DUN Sabah &#8211; Shafie"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) akan meneliti secara menyeluruh sebelum menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang dijadual\u00a0dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya mengalu-alukan pembentangan RUU itu, bagaimanapun ia\u00a0perlu diteliti agar sebarang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang bakal\u00a0dikuatkuasakan mampu memberi kestabilan politik di Malaysia khususnya di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita tidak mahu ada pihak yang mengatakan bahawa Warisan tidak menyokong RUU Anti Lompat Parti&#8230;kita mahu perkara itu dilaksanakan secepat mungkin, namun kita mahu tahu dan teliti dahulu apa yang terkandung dalam RUU itu,&#8221; katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mohd Shafie sebelum ini berkata pihaknya menyatakan cadangan berkaitan RUU Akta Anti Lompat Parti, yang mana cadangan itu bertujuan meminda Perkara 17 Perlembagaan Negeri Sabah bagi menambah Perkara 17A dan 17B.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata penambahan Perkara 17A antara lain melibatkan\u00a0Ahli DUN bertukar parti politik, iaitu dia hendaklah berhenti menjadi Ahli DUN\u00a0dan kerusinya menjadi kosong;\u00a0sekiranya meletak jawatan, dipecat, berhenti, menyertai parti politik lain atau berhenti menjadi ahli parti politik diwakilinya atas apa juga sebab.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Perkara yang sama juga akan dikenakan kepada calon bebas yang\u00a0setelah dipilih ke DUN, menyertai parti politik. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Seseorang Ahli DUN tidak perlu mengosongkan kerusinya jika partinya dibubarkan atau pendaftaran partinya dibatalkan atau dia meletakkan jawatan apabila dipilih sebagai Speaker,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata penambahan Perkara 17B pula antara lain melibatkan perubahan gabungan parti politik iaitu Ahli DUN\u00a0hendaklah berhenti menjadi ahlinya\u00a0dan kerusinya menjadi kosong;\u00a0sekiranya parti politik diwakilinya itu meninggalkan,\u00a0dipecat, atau berhenti menjadi ahli gabungan parti politik yang bertanding pada pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mohd Shafie berkata Speaker DUN Sabah hendaklah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya secara bertulis apabila berlakunya kekosongan kerusi di bawah Perkara-Perkara tersebut, iaitu kekosongan itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau\u00a0berkata parti politik juga hendaklah meminda perlembagaannya selaras dengan penambahan berkenaan.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) akan meneliti secara menyeluruh sebelum menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang dijadual\u00a0dibentangkan pada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15024,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-15121","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15121","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15121"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15121\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15122,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15121\/revisions\/15122"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15024"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15121"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15121"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15121"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}