{"id":15128,"date":"2023-05-23T00:44:16","date_gmt":"2023-05-23T00:44:16","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15128"},"modified":"2023-05-23T00:44:16","modified_gmt":"2023-05-23T00:44:16","slug":"kdm-terima-keputusan-juil-nuatim-keluar-parti-peter-anthony","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kdm-terima-keputusan-juil-nuatim-keluar-parti-peter-anthony\/","title":{"rendered":"KDM Terima Keputusan Juil Nuatim Keluar Parti &#8211; Peter Anthony"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PENAMPANG: Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) mengambil sikap terbuka dan menerima keputusan bekas Timbalan Presidennya Datuk Juil Nuatim yang mengumumkan keluar daripada parti itu, semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Presidennya Datuk Peter Anthony berkata KDM tidak ada sebarang masalah berhubung tindakan Juil kerana ia adalah hak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu untuk meneruskan hala tuju politik beliau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita\u00a0mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau (Juil) kalau itulah keputusan yang dipilihnya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kita tiada masalah\u00a0kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi untuk memilih hala tuju masing-masing. (Hubungan) kami masih bagus\u2026kami orang politik,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketika mengumumkan keluar parti, Juil berkata, beliau kini adalah seorang ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan menegaskan\u00a0tiada sebarang perselisihan dengan Peter, namun, hanya\u00a0untuk membawa pembangunan di kawasan beliau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Peter yang juga ADUN Melalap\u00a0tidak menafikan pihaknya amat terkejut dengan perkara itu kerana sebelum ini tiada sebarang surat, makluman atau perbincangan mengenainya, selain parti juga tidak mengetahui faktor sebenar mendorong Juil meninggalkan KDM.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, Peter juga tidak menolak kemungkinan faktor peruntukan yang masih diperlukan untuk pembangunan di DUN Limbahau menjadi antara alasan Juil keluar KDM.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, Peter berkata KDM berpegang teguh dengan pendirian parti untuk menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan kerajaan negeri yang mentadbir Sabah pada masa ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengenai pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, Peter\u00a0berkata\u00a0KDM akan menyokong RUU itu bagi menghentikan masalah lompat parti dalam kalangan ahli politik yang sering berlaku di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Semalam, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan berkata Kerajaan Sabah akan membentangkan RUU Anti Lompat Parti pada persidangan DUN yang\u00a0hari ini.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) mengambil sikap terbuka dan menerima keputusan bekas Timbalan Presidennya Datuk Juil Nuatim yang mengumumkan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15129,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-15128","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15128","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15128"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15128\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15130,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15128\/revisions\/15130"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15129"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15128"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15128"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15128"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}