{"id":15135,"date":"2023-05-23T04:55:19","date_gmt":"2023-05-23T04:55:19","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15135"},"modified":"2023-05-23T04:55:19","modified_gmt":"2023-05-23T04:55:19","slug":"sabah-cadang-peruntukan-persekutuan-disalurkan-kepada-akaun-amanah-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-cadang-peruntukan-persekutuan-disalurkan-kepada-akaun-amanah-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah Cadang Peruntukan Persekutuan Disalurkan Kepada Akaun Amanah &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Sabah mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan supaya peruntukan Persekutuan dapat disalurkan kepada satu Akaun Amanah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini bagi memastikan peruntukan tersebut tidak luput sekiranya tidak dapat dibelanjakan pada tahun semasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya kerajaan negeri akan memantau agar peruntukan dalam Akaun Amanah tersebut digunakan secara efisien mengikut maksud pemberian peruntukan tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSabah menerima peruntukan sebanyak RM5.709 bilion di bawah peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDaripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.457 bilion telah dibelanjakan, manakala sebanyak RM1.252 bilion tidak dapat dibelanjakan disebabkan isu-isu pelaksanaan seperti yang berikut,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">1) Isu kontraktor \u2013 Kontraktor dilantik tidak mempunyai kapasiti kewangan mencukupi atau kredit kewangan; Tenaga kerja; dan Kelemahan pengurusan projek.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">2) Isu Utiliti \u2013 Kelewatan dokumentasi untuk penyambungan utiliti; Kelewatan\/ karenah birokrasi syarikat utiliti; dan Pemetaan utiliti (<\/span><span class=\"s2\">utility mapping<\/span><span class=\"s1\">) dalam tanah (<\/span><span class=\"s2\">sub-terranean<\/span><span class=\"s1\">) dan di bawah permukaan (<\/span><span class=\"s2\">sub-surface<\/span><span class=\"s1\">) sukar dikesan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">3) Isu tanah \u2013 Proses pengambilan balik tanah yang terganggu; Bantahan dari pemilik tanah berdekatan lokasi cadangan untuk pembangunan\/kegunaan didapati kurang sesuai; Keadaan topografi yang sukar; dan Ruang\/ laluan masuk ke tapak tiada atau terdapat halangan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">4) Isu Pengurusan \u2013 Arahan berhenti kerja (<\/span><span class=\"s2\">stop work order<\/span><span class=\"s1\">) oleh Pegawai Penguasa; Kesukaran mendapat bahan bekalan binaan; dan Harga bahan di pasaran naik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">5) Isu Agensi pelaksana \u2013 Kelewatan menyemak serta meluluskan\u00a0<\/span><span class=\"s2\">Variation Orde<\/span><span class=\"s1\">r (VO); Kelewatan bayaran kepada perunding\/ kontraktor dan pembekal; Kelewatan menyemak dan meluluskan lanjutan masa atau\u00a0<\/span><span class=\"s2\">Extension of Time<\/span><span class=\"s1\">\u00a0(EOT).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah yang proaktif dalam menangani perkara-perkara tersebut. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Antaranya, dengan memastikan kebolehlaksanaan sesuatu projek yang dipohon untuk pelaksanaan adalah tinggi pada tahun semasa dan tahun-tahun berikutnya,\u201d katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Darell Leiking (Moyog) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Darell bertanya langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan peruntukan dari kerajaan persekutuan dapat dibelanjakan dengan sepenuhnya memandangkan peruntukan yang dikembalikan pada tahun 2022 amatlah besar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri juga akan memastikan semua permohonan projek kepada Kerajaan Persekutuan perlu mendapat perakuan daripada Kerajaan Negeri terlebih dahulu, seperti yang telah termaktub dalam Garis Panduan Penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) dan Permohonan Projek Pembangunan Tahun 2024-2025 Biayaan Persekutuan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini adalah untuk memastikan perancangan adalah mengikut keperluan negeri dan pelaksanaan projek disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan, jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBagi memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan Persekutuan dilaksanakan seperti yang dirancang, usaha-usaha pemantauan dijalankan secara berterusan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO). <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAntaranya melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah yang berperanan dalam memantau dan membincangkan isu-isu pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan di negeri Sabah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSelain itu, Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg)\u00a0Sabah juga ditubuhkan bagi memastikan keputusan mesyuarat MTPNg dilaksanakan sepenuhnya di peringkat negeri,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Di samping itu, katanya, pemerkasaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah melalui pengiktirafan jabatan tersebut sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan (AP 182) oleh Kerajaan Persekutuan\u00a0serta penambahan pegawai-pegawai teknikal baharu juga merupakan antara inisiatif penting yang membantu Kerajaan Negeri dalam merancang dan melaksanakan projek pembangunan negeri dengan lebih efisien.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan supaya peruntukan Persekutuan dapat disalurkan kepada satu Akaun Amanah. Ketua Menteri, Datuk&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15136,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-15135","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15135","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15135"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15135\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15137,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15135\/revisions\/15137"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15136"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15135"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15135"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15135"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}