{"id":15351,"date":"2023-06-09T13:18:23","date_gmt":"2023-06-09T13:18:23","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15351"},"modified":"2023-06-09T13:24:20","modified_gmt":"2023-06-09T13:24:20","slug":"20-pelajar-keracunan-metanol-di-pitas-akibat-meminum-campuran-air-berkarbonat-dan-spirit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/20-pelajar-keracunan-metanol-di-pitas-akibat-meminum-campuran-air-berkarbonat-dan-spirit\/","title":{"rendered":"20 Pelajar Keracunan Metanol Di Pitas Akibat meminum campuran air berkarbonat dan \u2018spirit"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KOTA KINABALU: Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di Pitas terlibat dalam kes keracunan metanol, dipercayai berpunca akibat meminum campuran air berkarbonat dan \u2018spirit\u2019 pada Selasa lepas (6 Jun).<\/p>\n<p>Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Kesihatan Awam) Dr Asits Sanna berkata mangsa berusia antara 13 hingga 17 tahun dan lapan daripadanya mengalami gejala seperti lemah badan, sakit perut, muntah, kabur penglihatan serta pening kepala, manakala 12 lagi tidak bergejala.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata daripada kumpulan yang bergejala itu, kesihatan dua pelajar semakin merosot dan masing-masing telah dihantar ke\u00a0Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan ICU Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) untuk rawatan lanjut, semalam.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201c.. (daripada kes\u00a0bergelaja) sebanyak lima kes lagi telah dihantar ke HQE untuk rawatan lanjut dan satu kes masih\u00a0dirawat di Hospital Pitas. Siasatan awal mendapati mangsa mengambil minuman itu pada pukul 2.30 petang, Selasa lalu,\u201d katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.<\/p>\n<p>Katanya semua kes telah mendapat rawatan awal di Hospital Pitas.<\/p>\n<p>Pitas,\u00a0sebuah daerah di utara Sabah, terletak kira-kira 175 kilometer dari sini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Dr Asits berkata 12 pelajar yang tidak bergejala itu telah dimasukkan ke\u00a0wad di Hospital Pitas untuk pemantauan dan rawatan seterusnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata\u00a0sampel berkaitan telah diambil untuk pengesahan kehadiran metanol termasuk darah, urin, serta\u00a0sampel \u2018spirit\u2019, dan\u00a0siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.<\/p>\n<p>\u201cJabatan Kesihatan Negeri Sabah\u00a0sentiasa memantau keadaan mangsa dan bekerjasama dengan sekolah serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga\u00a0Pejabat Pendidikan Daerah Pitas bagi menjalankan siasatan lanjut, selain\u00a0mengambil langkah mengelakkan kejadian ini berulang,\u201d katanya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Katanya seseorang yang keracunan metanol mungkin tidak menunjukkan apa-apa gejala untuk tempoh satu\u00a0hingga 72 jam selepas pengambilan.<\/p>\n<p>\u201cGejala akan wujud dengan lebih cepat jika metanol diminum dalam kuantiti banyak dan adalah lebih lambat jika diminum dalam kuantiti yang sedikit atau diminum bersama etanol.\u00a0Keracunan metanol juga boleh disebabkan oleh penyalahgunaan metanol sebagai bahan pembuat minuman keras,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dr Asits menegaskan\u00a0mengambil minuman beralkohol tidak sah\u00a0dan tercemar adalah berbahaya; selain menasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan metanol\u00a0seperti sakit perut, muntah, sakit kepala atau kabur penglihatan.<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di Pitas terlibat dalam kes keracunan metanol, dipercayai berpunca akibat meminum&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15357,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-15351","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15351","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15351"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15351\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15356,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15351\/revisions\/15356"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15357"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15351"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15351"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15351"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}