{"id":15366,"date":"2023-06-11T00:29:55","date_gmt":"2023-06-11T00:29:55","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15366"},"modified":"2023-06-11T00:29:55","modified_gmt":"2023-06-11T00:29:55","slug":"rizab-margin-bekalan-air-pada-tahap-7-3-peratus-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/rizab-margin-bekalan-air-pada-tahap-7-3-peratus-di-sabah\/","title":{"rendered":"Rizab Margin Bekalan Air pada Tahap 7.3 Peratus Di Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PAPAR: Rizab margin bekalan air di Sabah kini adalah rendah pada tahap 7.3 peratus, kata\u00a0Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata angka itu menunjukan Sabah antara negeri mempunyai rizab margin bekalan air rendah bawah 10 peratus bersama Perlis dan Melaka, berbanding negeri lain yang mempunyai rizab margin lebih baik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli Parlimen Papar itu berkata\u00a0Pulau Pinang dan Terengganu mempunyai rizab margin pada tahap selesa iaitu melebihi 20 peratus manakala Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu antara 10 hingga 20 peratus iaitu tahap sederhana.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKalau kita teliti dalam bandar utama (di Sabah) termasuk kawasan \u2018Greater Kota Kinabalu\u2019, kadar rizab margin kita adalah pada kadar negatif maksudnya kita kekurangan sumber air terawat, tetapi ini belum lagi soal kebocoran bekalan air yang menyebabkan bekalan air sampai kepada pengguna lebih teruk.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAda kata rizab margin 7.3 peratus masih bagus tetapi sebenarnya tidak kerana walaupun\u00a0rezab itu ada, kita juga berdepan masalah sistem bekalan selain\u00a0air tidak terhasil, jadi keadaan bekalan air jadi serius,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u2018Greater Kota Kinabalu\u2019 merujuk kepada kawasan pembangunan ekonomi di pantai barat Sabah melibatkan daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sehubungan itu, Armizan berkata sebagai langkah jangka panjang untuk mengatasi rizab margin bekalan air rendah itu, Papar telah dikenal pasti sebagai satu daripada kawasan terlibat untuk pembinaan empangan bagi bekalan air.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBagi menyelesaikan isu bekalan air di Utara\u00a0\u2018Greater Kota Kinabalu\u2019 kita ada projek LRA (Loji Rawatan Air)\u00a0Telibong Fasa Kedua, kawasan Selatan kita ada projek\u00a0LRA Kogopon\u00a0Fasa Kedua, namun ini merupakan rancangan untuk jangka masa sederhana.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBagi langkah jangka panjang, kita masih perlukan empangan sebagai sumber air kita bagi selesaikan masalah bekalan air, jika tiada penyelesaian diambil segera ia dikhuatiri akan menjadi lebih kritikal. Kajian awal telah dilakukan dan terdapat empat lokasi cadangan untuk empangan ini,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Tanpa mendedahkan lokasi terlibat, beliau berkata spesifikasi empangan yang dibina itu akan bergantung kepada lokasi, namun\u00a0juruperunding projek itu belum dapat memuktamadkan kajian mereka atas beberapa faktor termasuk isu dalam komuniti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0Armizan berkata\u00a0cadangan pembinaan empangan itu\u00a0seharusnya bukan hanya melibatkan pembangunan untuk mengatasi isu bekalan air, tetapi ia perlu disertai bersama pakej pembangunan sosioekonomi bagi\u00a0memanfaatkan penduduk terutama di kampung\u00a0terkesan dalam pembangunan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDalam sesi taklimat khas tadi diputuskan penubuhan Pasukan Petugas Khas Pembangunan Sosio-Ekonomi Komuniti Kawasan Empangan Papar sebagai pemangkin untuk menyediakan syor dan cadangan untuk pelan pembangunan sosioekonomi komuniti untuk dipanjangkan kepada kerajaan negeri,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAPAR: Rizab margin bekalan air di Sabah kini adalah rendah pada tahap 7.3 peratus, kata\u00a0Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15367,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-15366","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15366","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15366"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15366\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15368,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15366\/revisions\/15368"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15367"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15366"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15366"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15366"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}