{"id":15403,"date":"2023-06-13T07:02:02","date_gmt":"2023-06-13T07:02:02","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15403"},"modified":"2023-06-13T07:04:29","modified_gmt":"2023-06-13T07:04:29","slug":"dbkk-berjaya-wujudkan-lapan-kebun-komuniti-bandar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dbkk-berjaya-wujudkan-lapan-kebun-komuniti-bandar\/","title":{"rendered":"DBKK berjaya wujudkan lapan kebun komuniti bandar"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya mewujudkan lapan kawasan Kebun Komuniti Bandar berdaftar di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Chan Foong Hin berkata Kebun Komuniti Bandar\u00a0<\/span><span class=\"s2\">(Community Urban Farming)<\/span><span class=\"s1\">\u00a0yang diperkenalkan di negara ini digerakkan secara intensif sejak tahun 2021 dengan tujuan untuk memperkasa komuniti bandar dengan mengoptimumkan tanah atau ruang persekitaran melalui aktiviti perkebunan.\u00a0 \u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDBKK telah melancarkan Garis Panduan Kebun Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu pada April 2022 yang lalu bagi menyokong agenda ini yang mana sehingga kini telah berjaya mewujudkan lapan kawasan kebun bandar berdaftar di sekitar kawasan bandaraya Kota Kinabalu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAntara kebun bandar tersebut ialah Kuarters Nurseri Likas (Kebun Komuniti Kuarters A), Nurseri Likas Komuniti (Pejabat Nurseri Likas), Taman Kuala Menggatal 4, KRT Kg. Sembulan Baru (Dalam Tabika Perpaduan A), JKDB Taman Sempelang, Grace Court Apartment Community, Taska Stella Maris dan Sekolah Kebangsaan Stella Maris, Tanjung Aru.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDalam pelaksanaan Kebun Komuniti Bandar, kita mengoptimumkan penggunaan tanah atau ruang persekitaran melalui aktiviti perkebunan dan dilihat dapat menangani cabaran baharu kepesatan pembangunan di bandar dengan mengintegrasikan elemen pembangunan ekonomi, perkembangan sosial serta pemuliharaan alam sekitar,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Chan, pelaksanaan projek tersebut mampu memperkasakan usaha kerajaan ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari 2030.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita telah seiringkan perancangan pembangunan negara yang sentiasa bergerak ke arah kelestarian alam sekitar dan juga kehidupan rakyat sekali gus mendokong komitmen Malaysia memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari atau\u00a0<\/span><span class=\"s2\">Sustainable Development Goals 2030<\/span><span class=\"s1\">,\u201d katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Kebun Bandar Kota kinabalu 2023 di Taman Ujana Tropika, pada Ahad.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, beliau turut menekankan pentingnya hidup bermasyarakat dalam kalangan warga bandar dalam mempertingkatkan integrasi kaum dalam mempromosikan budaya hidup sihat yang saling bekerjasama mewujudkan model kejiranaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBagi merealisasikan budaya bermasyarakat, program kebun komuniti ini harus diperkasakan, karnival ini misalnya, diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama yang kukuh di antara komuniti kebun bandar, pihak pelaksana dan agensi-agensi berkaitan seterusnya wujudkan satu model kejiranan yang signifikan dalam merealisasikan<\/span><span class=\"s2\">\u00a0Liveable KK<\/span><span class=\"s1\">.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBagi menangani peningkatan jumlah penduduk bandar serta skala eksploitasi alam bagi tujuan ekonomi yang semakin melebar, kita harus perkukuhkan pelaksanaan konsep pembangunan lestari dengan amalan pertanian dalam bandar selain bersenam dan beriadah yang membudayakan hidup bermasyarakat,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Terdapat 17 acara yang disediakan oleh penganjur bagi menyokong usaha memperkasa Kebun Komuniti Bandar antaranya acara senamrobik, persembahan Tai Chi, gotong-royong\u00a0<\/span><span class=\"s2\">KK Clean Up<\/span><span class=\"s1\">\u00a0di kawasan sekitar, Demo Pemprosesan Makanan oleh MARDI, Demo Penghasilan Bahan Kompos (Bokashi) oleh\u00a0<\/span><span class=\"s2\">NGO \u2018To Earth With Love\u2019,<\/span><span class=\"s1\">sesi perkongsian serta ceramah, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan, pameran juga jualan produk pertanian dan jualan komuniti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Turut berlangsung, pelbagai pertandingan yang menarik penyertaan orang ramai antaranya Pertandingan Kebun Komuniti, Pertandingan\u00a0<\/span><span class=\"s2\">Online<\/span><span class=\"s1\">\u00a0Laman Kebun, Pertandingan Mewarna (Kanak-Kanak), Pertandingan Memasak Komuniti KRT dan Pertandingan Memanah Tradisional Dinamik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hadir sama pada majlis tersebut ialah Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Selaku Penaung Program, Datuk Noorliza Awang Alip, Ketua Penolong Setiausaha (Sektor Landskap &amp; Kelestarian) Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Nurulhayati Awang More dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Selaku Pengerusi Pelaksana Program, Robert Lipon.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya mewujudkan lapan kawasan Kebun Komuniti Bandar berdaftar di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15404,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-15403","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15403","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15403"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15403\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15405,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15403\/revisions\/15405"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15404"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15403"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15403"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15403"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}