{"id":1544,"date":"2021-06-06T16:16:28","date_gmt":"2021-06-06T16:16:28","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=1544"},"modified":"2021-06-17T09:59:02","modified_gmt":"2021-06-17T09:59:02","slug":"operasi-perniagaan-di-sabah-9-pagi-hingga-6-petang-mulai-hari-ini-masidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/operasi-perniagaan-di-sabah-9-pagi-hingga-6-petang-mulai-hari-ini-masidi\/","title":{"rendered":"Operasi perniagaan di Sabah 9 pagi hingga 6 petang mulai esok: Masidi"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Semua operasi perniagaan termasuk restoran, pasar raya dan kedai runcit di Sabah dipendekkan dari 9 pagi hingga 6 petang mulai hari ini.<\/p>\n<p>Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun, berkata keputusan itu dibuat susulan kes positif Covid-19 di Sabah yang mencecah 305 jangkitan hari ini selain enam lagi kluster baharu direkodkan.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (Covid-19) memutuskan untuk menyeragamkan masa operasi perniagaan di seluruh Sabah.<\/p>\n<p>\u201cSelain perniagaan lain yang dibenarkan, pasar awam dan pasar harian ditetapkan beroperasi bermula 6 pagi hingga 3 petang,\u201d katanya dalam laporan portal online FMT malam ini.<\/p>\n<p>Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap berkaitan Covid-19 Sabah berkata, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang tidak lagi dikategorikan sebagai satu daerah mulai esok.<\/p>\n<p>Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kes positif Covid-19 di tiga daerah terbabit mencapai 70 kes hari ini.<\/p>\n<p>\u201cSebagai usaha mengurangkan perjalanan yang tidak perlu maka orang awam tidak<br \/>\ndibenarkan rentas daerah kecuali untuk perkhidmatan perlu dan barangan perlu.<\/p>\n<p>\u201cMulai esok juga, polis akan melaksanakan pemeriksaan ketat kawalan larangan rentas daerah membabitkan tiga daerah ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau berkata kehadiran penjawat awam negeri hendaklah sekurang-kurangnya 30% di pejabat masing-masing dan 70% lagi bekerja dari rumah.<\/p>\n<p>\u201cArahan ini berkuatkuasa serta-merta dan pelaksanaannya berikutan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan penjawat awam selain kewujudan pelbagai kluster di seluruh daerah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Masidi berkata sebanyak 305 kes dicatatkan di Sabah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 3,870.<\/p>\n<p>Katanya, tiada kematian akibat wabak itu dicatatkan namun enam kluster baharu direkodkan hari ini.<\/p>\n<p>\u201cDaripada 305 kes jangkitan baharu hari ini, 178 adalah hasil saringan kontak rapat, saringan kluster (64), bergejala (34), saringan bersasar (4) dan 25 kes daripada kategori lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>SabahNewsToday <\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Semua operasi perniagaan termasuk restoran, pasar raya dan kedai runcit di Sabah dipendekkan dari 9 pagi hingga 6&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":1431,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-1544","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1544","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1544"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1544\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1904,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1544\/revisions\/1904"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1544"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1544"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1544"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}