{"id":15452,"date":"2023-06-18T02:06:41","date_gmt":"2023-06-18T02:06:41","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15452"},"modified":"2023-06-18T02:06:41","modified_gmt":"2023-06-18T02:06:41","slug":"gagasan-rakyat-buat-persiapan-awal-hadapi-prn17-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/gagasan-rakyat-buat-persiapan-awal-hadapi-prn17-hajiji\/","title":{"rendered":"GAGASAN Rakyat Buat Persiapan Awal Hadapi PRN17 &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PITAS: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mula mengatur persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) bermula dengan pelancaran Gagasan Rakyat Bahagian Pitas, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, semua 73 bahagian parti itu perlu bersiap sedia dari sekarang untuk memastikan kemenangan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, semua bahagian dan cawangan, termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat perlu bergerak awal mengukuhkan jentera parti dan menambah keahlian di semua bahagian.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cInilah yang kita akan lakukan bermula di Bahagian Pitas ini kerana tidak lama lagi Pilihan Raya Umum (PRN), iaitu kira-kira dua tahun lagi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKalau GRS dan 73 bahagian Gagasan Rakyat sudah sedia, kuatkan bahagian, banyakkan ahli di cawangan, kuatkan jentera sayap kita, Wanita, Pemuda dan Beliawanis, insyaAllah kita boleh fikirkan untuk pastikan kita mendapat mandat rakyat sekali lagi pada PRN akan datang,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, berdasarkan sambutan rakyat terhadap parti itu yang semakin memberangsangkan, beliau yakin Gagasan Rakyat mempunyai masa depan yang cerah di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cRakyat kita mahu sebuah parti tempatan untuk menjadi platform kita berjuang membela nasib rakyat kita di Sabah. Kita tubuh parti ini bukan mudah, semua tahu perjalanan politik kita di Sabah ini berliku dan penuh cabaran hebat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTapi saya yakin dengan Gagasan Rakyat ini insyaAllah perjuangan parti tempatan ini kita dapat angkat bersama GRS untuk Sabah ini. Inilah gabungan besar yang akan kita pakai dalam PRN akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita mahu menyatupadukan rakyat kerana kita telah mengalami pelbagai gelombang cabaran politik Sabah. Bukan mudah untuk kita sampai ke kedudukan kita hari ini sehingga kita berjaya menggunakan parti tempatan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut menyatakan keyakinannya bahawa Gagasan Rakyat yang berkonsepkan parti berbilang kaum diterima rakyat Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, perjuangan parti itu akan memberi isyarat jelas kepada parti pembangkang di Sabah bahawa Gagasan Rakyat dan GRS akan menjadi platform politik yang kuat pada masa akan datang di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji turut mengulangi keyakinannya terhadap keupayaan GRS yang kini dianggotai tujuh parti dalam menghadapi apa saja cabaran ke arah membangunkan Sabah seperti aspirasi rakyat negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cInilah perjuangan kita dalam Gagasan Rakyat, kita pilih parti lokal, cukuplah kita ikut parti nasional. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSekarang tiba masa untuk kita pakai parti lokal, tapi kita tidak boleh gaduh dengan parti nasional. Kita mesti juga kawan dan kerjasama dengan parti nasional tapi keutamaan kita ialah parti tempatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita juga mesti kuatkan GRS dan kerjasama dengan rakan komponen kerana kalau kita bersatu padu kita akan lebih kuat dan maju. Kita perlu belajar dari kesilapan lalu, kita banyak bergaduh menyebabkan orang lain mengambil kesempatan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, Hajiji memberi jaminan pembangunan daerah termasuk di Pitas akan diberi keutamaan sejajar komitmen kerajaan GRS untuk membawa pembangunan menyeluruh dan membela nasib rakyat negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, setiap projek yang diumumkan kerajaan pasti akan dilaksanakan demi pembangunan negeri dan kepentingan rakyat terutama di luar bandar.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PITAS: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mula mengatur persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) bermula dengan pelancaran&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15453,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-15452","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15452","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15452"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15452\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15454,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15452\/revisions\/15454"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15453"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15452"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15452"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15452"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}