{"id":15516,"date":"2023-06-21T14:53:01","date_gmt":"2023-06-21T14:53:01","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15516"},"modified":"2023-06-21T14:53:01","modified_gmt":"2023-06-21T14:53:01","slug":"kes-ebit-lew-ada-sejarah-layari-laman-lucah-dalam-telepon-dianalisis-saksi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kes-ebit-lew-ada-sejarah-layari-laman-lucah-dalam-telepon-dianalisis-saksi\/","title":{"rendered":"Kes Ebit Lew: Ada Sejarah Layari Laman Lucah Dalam Telepon Dianalisis &#8211; Saksi"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">TENOM: Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hari ini menyambung keterangan dengan memberitahu mahkamah bahawa terdapat sejarah melayari laman sesawang\u00a0lucah pada telefon bimbit yang dianalisisnya.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata laman sesawang itu dilayari daripada aplikasi Google dan hasil analisis itu telah dimasukkan dalam cakera video digital boleh rekod\u00a0(DVD-R) untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Hasil analisis mendapati terkandung sejarah melayari laman sesawang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google dan saya pohon pegawai penyiasat rujuk DVD-R yang saya masukkan hasil analisis tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Daripada kesemua tangkap layar yang saya buat, ada beberapa laman sesawang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah,&#8221; katanya sewaktu pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Majistret di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata bagi memastikan laman sesawang yang dilayari itu adalah laman sesawang\u00a0yang mempunyai unsur lucah, beliau telah membuka beberapa laman sesawang dengan merujuk kepada hasil analisis dan mendapati ia sememangnya laman sesawang\u00a0berunsur lucah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Latifah berkata antara laman sesawang yang turut dilayari termasuk wikipedia berkaitan &#8220;gangguan seksual&#8221;, &#8220;Undang-undang gangguan seksual di Malaysia&#8221;, &#8220;gurau lucah berisiko disumbat penjara&#8221; dan &#8220;Rang Undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual\u201d.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Nor Azizah: Adakah metadata yang kamu nyatakan ini juga dapat dilihat di dalam tangkap layar yang ada di dalam hasil analisis ini ?<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Latifah: Ya, untuk gambar pertama, ini adalah rumusan kesemua tangkap layar yang dibuat daripada kandungan sejarah melayari laman sesawang\u00a0di dalam barang kes (telefon bimbit).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Perbicaraan di hadapan Majistret\u00a0Nur Asyraf Zolhani hari ini dijalankan tanpa kehadiran tertuduh yang mendapat kebenaran mahkamah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Peguam yang mewakili Ebit\u00a0iaitu Ram Singh memaklumkan bahawa Ebit\u00a0sedang menunaikan ibadah haji di Makkah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu dalam pemeriksaan utama\u00a0Nor Azizah pagi tadi,\u00a0Latifah memaklumkan\u00a0satu lagi telefon yang dianalisisnya\u00a0mengandungi sebanyak 219 tangkap layar perbualan daripada aplikasi WhatsApp bermula pada 4 Mac 2021.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau\u00a0berkata perbualan tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit dalam kes itu telah disimpan dalam cakera padat (CD).\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Gambar satu (tangkap layar) menunjukkan paparan berkaitan nombor telefon milik penghantar mesej.\u00a0\u00a0Dalam paparan itu menunjukkan tarikh bermulanya perbualan mesej pada 4 Mac 2021 yang berikutnya (dalam bentuk tangkap layar) adalah isi perbualan,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Latifah berkata daripada beberapa gambar tangkap layar itu juga ada menunjukkan panggilan suara yang tidak dijawab daripada penghantar yang dibuat pada \u00a06.10 petang tetapi tarikh tidak dinyatakan semasa\u00a0 prosiding.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Terdapat juga panggilan suara yang tidak dijawab daripada penghantar pada\u00a0\u00a015 Mac dan 16 Mac 2021.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata pada tarikh 17 Mac 2021, satu lagi tangkap layar menunjukkan cubaan semula yang cuba dihantar daripada telefon bimbit penerima kepada pengirim tetapi mesej berkenaan tidak disampaikan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ebit, 37,\u00a0\u00a0berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan\u00a0Jun 2021.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Perbicaraan disambung esok.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TENOM: Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hari ini menyambung keterangan dengan memberitahu mahkamah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":8144,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-15516","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15516","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15516"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15516\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15517,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15516\/revisions\/15517"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8144"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15516"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15516"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15516"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}