{"id":1563,"date":"2021-06-09T12:00:25","date_gmt":"2021-06-09T12:00:25","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=1563"},"modified":"2021-06-17T10:29:50","modified_gmt":"2021-06-17T10:29:50","slug":"sindiket-palsukan-dokumen-pengenalan-diri-tumpas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sindiket-palsukan-dokumen-pengenalan-diri-tumpas\/","title":{"rendered":"Sindiket palsukan dokumen pengenalan diri tumpas"},"content":{"rendered":"<p>Kota Kinabalu: Seramai sembilan warga asing ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pemalsuan pelbagai jenis dokumen pengenalan diri dalam operasi selama dua hari berakhir 6 Jun lalu.<\/p>\n<p>Operasi Op Serkap oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah itu, dijalankan di tiga lokasi iaitu Kampung Air, Kampung Likas dan Inanam.<\/p>\n<p>Pengarah JIM Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, semua yang ditahan membabitkan enam lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 76 tahun.<\/p>\n<p>Katanya, semua suspek warga Filipina itu ditahan bersama 90 keping surat pengesahan dokumen sementara, surat pengesahan unit penempatan dan resit pengenalan sementara Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah yang dipalsukan.<\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, kita turut merampas 22 keping Mykad dan salinan sijil lahir serta 13 keping permit masuk IMM 5 dan pas lawatan IMM13 JIM yang dipalsukan.<\/p>\n<p>&#8220;Pasukan JIM turut berjaya merampas 140 keping gambar berukuran pasport yang dipercayai untuk tujuan pengeluaran dokumen palsu,&#8221; katanya dalam laporan portal online Harian Metro hari ini.<\/p>\n<p>Muhamad Sade berkata, JIM turut merampas dua kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda dan semua suspek sudah ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut.<\/p>\n<p>&#8220;Siasatan yang dijalankan turut mendapati semua dokumen berkenaan dijual pada harga sekitar RM100 hingga RM500.<\/p>\n<p>&#8220;Semua dokumen berkenaan dijual kepada warga Filipina dan sehingga kini dipercayai 200 hingga 300 dokumen sudah dikeluarkan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959\/63 (Pindaan 2002) iaitu pemalsuan atau pindaan bagi pengendorsan atau dokumen.<\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 56(1)(j), Seksyen 56(1)(i) dan Seksyen 56(1A)(c) akta yang sama.<\/p>\n<p>&#8220;Ia membabitkan kesalahan menggunakan dokumen milik orang lain, menggunakan dokumen palsu dan bersubahat<\/p>\n<p>serta membabitkan diri untuk melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959\/63.<\/p>\n<p>&#8220;Semua suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai pas yang sah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>SabahNewsToday <\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kota Kinabalu: Seramai sembilan warga asing ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pemalsuan pelbagai jenis dokumen pengenalan diri dalam operasi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":1564,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-1563","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1563","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1563"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1563\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1898,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1563\/revisions\/1898"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1564"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1563"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1563"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1563"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}