{"id":15711,"date":"2023-07-04T00:15:03","date_gmt":"2023-07-04T00:15:03","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=15711"},"modified":"2023-07-04T00:21:11","modified_gmt":"2023-07-04T00:21:11","slug":"peningkatan-darjah-kegembiraan-tingkat-kecemerlangan-para-pensyarah-universiti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/peningkatan-darjah-kegembiraan-tingkat-kecemerlangan-para-pensyarah-universiti\/","title":{"rendered":"Peningkatan Darjah Kegembiraan Tingkat Kecemerlangan Pensyarah Universiti"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU: Pensyarah di peringkat fakulti perlu sentiasa mewujudkan rasa kebersamaan dalam memastikan sebarang program dan aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Shahril Yusof berkata, ia bagi meningkatkan darjah kegembiraan sekali gus membolehkan kakitangan akademik melaksanakan tanggungjawab menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada mahasiswa dan mahasiswi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSetiap manusia mempunyai jenis darah yang berbeza. Akan tetapi warna darah tetap sama. Apa yang membezakan antara satu dengan yang lain ialah personaliti dan karakter.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cOleh itu, program dan aktiviti yang boleh meningkatkan persefahaman perlu dijadikan sebagai rutin yang memanfaatkan pemegang taruh khasnya kepada para pelajar universiti,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan rasmi ke Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS, di sini, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Kunjungan tersebut merupakan yang pertama untuk siri lawatan kerja beliau ke fakulti, akademi, dan institut di UMS sejak menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa pada bulan Mei 2023.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurut Dr. Shahril, seiring dengan keberadaan UMS sebagai salah sebuah universiti komprehensif, maka elemen pembelajaran dan pengajaran akan kembali diperkukuhkan bagi melahirkan modal insan yang sentiasa relevan dengan perkembangan zaman.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cJusteru, siri lawatan ini juga antara lain bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada para pensyarah mengenai cadangan mengatasi sebarang isu yang menjadi hambatan kepada kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cInsya-Allah, sepanjang memegang portfolio sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, saya akan berusaha untuk meningkatkan darjah kegembiraan dalam kalangan pensyarah untuk terus komited dan sentiasa berdedikasi memikul amanah mendidik ilmu kepada para pelajar,\u201d jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Dalam pertemuan itu, Dr. Shahril turut meminta pihak fakulti membuat perbincangan dan menyenaraikan program-program yang sesuai untuk diterapkan dalam sistem pembelajaran hibrid dan jadual anjal.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni merupakan satu sahutan terhadap saranan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai inisiatif meningkatkan kualiti proses pembelajaran sekali gus memperkasa pembelajaran fleksibel dan kendiri dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi,\u201d ujar beliau yang pernah menjawat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menyentuh mengenai program-program akademik di FPEP, Dr. Shahril menyarankan agar pihak fakulti merintis jalinan kerjasama dengan universiti-universiti ternama dunia bagi meningkatkan daya saing program-program yang ditawarkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, ia akan mewujudkan lebih banyak kolaborasi akademik yang bukan sahaja meningkatkan nilai tambah pengajaran para pensyarah, bahkan juga memaksimumkan ilmu pembelajaran graduan keluaran UMS kelak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Untuk rekod, FPEP menawarkan 10 program yang masih relevan dengan pasaran pekerjaan semasa seperti Perakaunan, Keusahawanan, Ekonomi Perancangan dan Pembangunan, Pengurusan Kewangan dan Perbankan, Ekonomi Kewangan, Pengurusan Hospitaliti, Perniagaan Antarabangsa, Pemasaran, Ekonomi Sumber Manusia, dan Pengurusan Pelancongan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u00a0<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pensyarah di peringkat fakulti perlu sentiasa mewujudkan rasa kebersamaan dalam memastikan sebarang program dan aktiviti yang menyumbang kepada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15712,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-15711","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15711","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15711"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15711\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15714,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15711\/revisions\/15714"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15712"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15711"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15711"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15711"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}