{"id":16157,"date":"2023-08-06T06:10:32","date_gmt":"2023-08-06T06:10:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=16157"},"modified":"2023-08-06T06:16:07","modified_gmt":"2023-08-06T06:16:07","slug":"perpaduan-kaum-perlu-terus-dipupuk-dan-dilindungi-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/perpaduan-kaum-perlu-terus-dipupuk-dan-dilindungi-hajiji\/","title":{"rendered":"Perpaduan kaum perlu terus dipupuk dan dilindungi &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata perpaduan masyarakat berbilang kaum dan etnik seperti di Malaysia perlu terus dipupuk serta dilindungi demi kebaikan negeri dan negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, hanya melalui perpaduan negara dapat mencapai pertumbuhan ekonomi yang progresif dan kestabilan politik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat negeri ini supaya bersatu dan bersama-sama melindungi serta mengukuhkan perpaduan di negara ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ia adalah tanggungjawab setiap warga negara untuk memastikan kemakmuran dan kemajuan akan terus dinikmati serta tidak diganggu elemen negatif,&#8221; katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang adalah masa terbaik untuk menghayati patriotisme dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jelasnya, tema Hari Kebangsaan tahun ini, &#8216;Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan&#8217;, sesuai dengan perpaduan kaum dan toleransi yang menjadi tunjang dalam memelihara kemerdekaan negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, begitu juga dengan usaha Kerajaan Negeri dalam merealisasikan pelan pembangunan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) memerlukan sokongan kukuh semua pihak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Dalam konteks ini, hubungan rapat, persefahaman, toleransi dan perpaduan dalam kalangan rakyat di semua peringkat sangat kritikal dalam menentukan kejayaan pembangunan di Sabah,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Seiring dengan Bulan Kebangsaan, Hajiji turut menggesa rakyat negeri ini untuk mengambil inisiatif mengibar Jalur Gemilang dan mengganti bendera rosak dengan yang baharu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji kemudian menyempurnakan pelepasan konvoi 17 kenderaan mewakili lapan agensi kerajaan dan swasta membabitkan 66 peserta, manakala daerah Tuaran diwakili 100 peserta dengan 25 kenderaan berkonvoi ke Kiulu, Tamparuli dan seterusnya ke arah Kudat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Program Kembara Merdeka anjuran Jabatan Penerangan negeri itu akan melalui 2,300 kilometer perjalanan di seluruh Sabah sehingga 31 Ogos ini.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata perpaduan masyarakat berbilang kaum dan etnik seperti di Malaysia perlu terus dipupuk&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":16158,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-16157","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16157","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16157"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16157\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16159,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16157\/revisions\/16159"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16158"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16157"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16157"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16157"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}