{"id":16388,"date":"2023-08-17T22:31:19","date_gmt":"2023-08-17T22:31:19","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=16388"},"modified":"2023-08-17T22:31:19","modified_gmt":"2023-08-17T22:31:19","slug":"isu-ambalat-hajiji-sifatkan-tuduhan-assaffal-adun-tungku-tidak-berasas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/isu-ambalat-hajiji-sifatkan-tuduhan-assaffal-adun-tungku-tidak-berasas\/","title":{"rendered":"Isu Ambalat: Hajiji sifatkan tuduhan Assaffal, ADUN Tungku tidak berasas"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima in Hajiji Noor, menyifatkan andaian dan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal Alian berhubung isu Ambalat disifatkan sebagai tidak berasas.<\/p>\n<p>Beliau berkata ia kerana isu itu masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang kata putus dibuat selain sudah dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini.<\/p>\n<p>&#8220;Soal Ambalat belumpun diputuskan, ia masih dalam perbincangan dan ini sudah dinyatakan oleh Perdana Menteri.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi andaian dan tuduhan wakil rakyat Tungku itu tidak berasas,&#8221; katanya ditemui selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) 2023 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau diminta mengulas kenyataan Assaffal yang mendakwa Blok Ambalat di Laut Sulawesi diserahkan kepada Indonesia berdasarkan apa yang disebutnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Assaffal ketika persidangan DUN Sabah pada 10 Ogos lalu, mendakwa Kerajaan Persekutuan membuat keputusan bagi pihak kerajaan Sabah dengan menyerahkan sempadan Ambalat kepada Indonesia.<\/p>\n<p>Dakwanya, itu antara kesilapan dilakukan kerajaan negeri apabila tidak memperhalusi isu terbabit sehingga merugikan Sabah.<\/p>\n<p>Hajiji berkata, kerajaan akan melihat tindakan yang wajar diambil jika apa yang dikatakan wakil rakyat Parti Warisan (WARISAN) itu tidak betul.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tidak boleh mengelirukan rakyat negeri ini kerana ia adalah perkara yang sensitif,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Wisma Putra menyifatkan kenyataan Assaffal yang mendakwa Kerajaan Pusat menyerahkan Blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia sebagai fitnah dan mengelirukan rakyat.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, dalam satu sidang media di Putrajaya menyifatkan kenyataan itu amat tidak bertanggungjawab dan mengancam kedaulatan negara.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani Malaysia dan Indonesia sebelum ini hanya membabitkan laut wilayah.<\/p>\n<p>Katanya, ia bukan kawasan yang dinyatakan sebagai Ambalat atau melebihi 200 batu nautika yang dikatakan sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima in Hajiji Noor, menyifatkan andaian dan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15878,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-16388","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16388","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16388"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16388\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16389,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16388\/revisions\/16389"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15878"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16388"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16388"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16388"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}