{"id":16782,"date":"2023-08-31T02:36:14","date_gmt":"2023-08-31T02:36:14","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=16782"},"modified":"2023-08-31T14:48:46","modified_gmt":"2023-08-31T14:48:46","slug":"umno-main-peranan-besar-dalam-capai-kemerdekaan-malaysia-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/umno-main-peranan-besar-dalam-capai-kemerdekaan-malaysia-bung-moktar\/","title":{"rendered":"UMNO main peranan besar dalam capai kemerdekaan Malaysia &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">KOTA KINABALU: UMNO memainkan peranan yang signifikan dan besar dalam memerdekakan Tanah Melayu daripada keangkuhan penjajah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kejayaan membawa kemerdekaan kepada tanah air pada 31 Ogos 1957 antara kejayaan terbesar UMNO yang tidak akan sesekali dilupai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya UMNO melakukannya semata-mata kerana sayangkan negara demi memastikan masa depan tanah air bangkit dengan keazaman serta jati diri yang luhur dan tulus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUMNO sangat sinonim dengan kemerdekaan, hal itu berlaku disebabkan sejak awal lagi elit politik menempatkan diri dibarisan depan sebagai pejuang kemerdekaan, \u201c katanya dalam pertutusan sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-66 hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bung Moktar berkata sumbangan UMNO sejak kemerdekaan negara telahpun membawa kemakmuran, kestabilan dan kesejehteraan ke seluruh pelusuk tanah air.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cItu semua tidak akan terzahir tanpa semangat kebersamaan dan kesetiaan para pimpinannya yang bergerak sebagai sebuah pasukan walau apa halangan mendatang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, meskipun berdepan pelbagai cabaran, Umno sukses menguruskan negara yang terdiri pelbagai kaum, budaya, agama dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata kemakmuran serta kestabilan politik yang sediada telah diporak perandakan oleh segelintir pemimpin yang dulunya bersama UMNO yang tidak pernah jemu cuba mengubah keharmonian kemakmuran serta kestabilan yang ada agar selari dengan agenda songsang mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSelain berhadapan dengan golongan ini, ada juga pihak yang memainkan sentimen kaum dan agama dalam agenda politik mereka sehingga menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum demi mencapi cita-cita mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya golongan ini bukan sahaja berusaha memecah belahkan perpaduan demi mencapai hasrat serta cita-cita mereka lebih malang mereka yang meninggalkan UMNO turut melupakan jasa parti serta pemimpin terdahulu yang berjuang atas nama UMNO demi menuntut kemerdekaan negara dan mengisi keperluan negara sesudah merdeka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMereka yang meninggalkan perjuangan ini, lupa jasa UMNO yang bukan sahaja mengangkat mereka sebagai pemimpin seperti hari ini malah ketika bersama di dalam UMNO, mereka juga berpeluang memiliki kesenangan hasil dari perjuangan parti keramat ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih malang dan menyedihkan, Menurut Bung Moktar golongan ini juga turut memperlekehkan dan menghina UMNO serta melupakan jasa serta sumbangan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu walaupun mereka sedar mereka berada dalam kedudukan sekarang bermula dari perjuangan pemimpin sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cNamun parti yakin muslihat mereka tidak akan berjaya selagi ahli UMNO terus kuat bersatu padu dan berpegang kepada prinsip perjuangannya ,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berkata kemerdekaan yang dirintis oleh UMNO merupakan perjuangan dan perjalanan yang panjang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, katanya, kemerdekaan yang dinikmati oleh rakyat khususnya di Sabah perlu terus diisi dengan nikmat kemakmuran dari pelbagai aspek ekonomi, Pendidikan kesihatan dan tidak kurang pentingnya agenda Pembangunan insfrastruktur untuk kesejahteraan rakyat.<\/p>\n\n\n<figure class=\"wp-block-post-featured-image\"><img decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"802\" src=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/02529e94-6d38-4b95-b071-c02c3b426160-e1693454216838.jpeg\" class=\"attachment-post-thumbnail size-post-thumbnail wp-post-image\" alt=\"\" style=\"object-fit:cover;\" \/><\/figure>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: UMNO memainkan peranan yang signifikan dan besar dalam memerdekakan Tanah Melayu daripada keangkuhan penjajah. Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":16780,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-16782","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16782","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16782"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16782\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16783,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16782\/revisions\/16783"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16780"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16782"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16782"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16782"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}