{"id":17090,"date":"2023-09-14T08:03:17","date_gmt":"2023-09-14T08:03:17","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=17090"},"modified":"2023-09-14T08:03:18","modified_gmt":"2023-09-14T08:03:18","slug":"undang-undang-berkaitan-kesalahan-penyalahgunaan-dadah-akan-dikaji-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/undang-undang-berkaitan-kesalahan-penyalahgunaan-dadah-akan-dikaji-azalina\/","title":{"rendered":"Undang-undang berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah akan dikaji &#8211; Azalina"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">KOTA KINABALU: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) akan menjalankan kajian undang-undang berkaitan hukuman kesalahan penyalahgunaan dadah dari perspektif yang berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia merujuk kepada keberkesanan pendekatan berasaskan rawatan perubatan atau secara rehabilitasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kajian yang dilaksanakan bersama agensi berkaitan itu akan melihat kebolehlaksanaan pendekatan berkenaan di Malaysia memandangkan ia sudah digunakan di banyak negara lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Kerajaan Perpaduan komited untuk memelihara kepentingan golongan-golongan berisiko tinggi dalam perkara ini, seperti golongan terdedah (vulnerable groups), golongan miskin serta golongan belia yang mudah dipengaruhi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Sesi Libat urus lanjutan berkaitan perkara ini termasuk perbincangan kumpulan berfokus (focus group discussion) akan dikendalikan oleh YB Timbalan Menteri Undang-Undang (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),&#8221; katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, beliau mempengerusikan Sesi Perbincangan Kajian Undang-Undang Berhubung Hukuman Mengenai Kesalahan Penyalahgunaan Dadah bersama wakil daripada Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Kesihatan Malaysia, ahli-ahli akademik serta wakil organisasi masyarakat sivil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sesi itu, katanya adalah untuk membincang dan mendapatkan pandangan awal mengenai keperluan kajian undang-undang berhubung hukuman kesalahan penyalahgunaan dadah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Walaupun Kementerian Dalam Negeri, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah melakukan usaha yang terbaik dalam menangani isu ini, masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Seterusnya, ia menjadi punca kepada isu sistemik lain seperti kesesakan penjara dan sistem keadilan jenayah yang terbeban.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Oleh itu, saya berpandangan bahawa pendekatan terhadap masalah dadah tersebut perlu dikaji dan dilihat semula selaras dengan perkembangan antarabangsa.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Bersempena usaha Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) dalam merangka satu tindakan holistik bagi mengatasi masalah tersebut, BHEUU bersama-sama dengan agensi berkaitan akan menjalankan kajian undang-undang berkaitan hukuman kesalahan penyalahgunaan dadah dari perspektif yang berbeza,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Azalina berkata, Kerajaan Perpaduan melihat isu penyalahgunaan dadah bukan sahaja sebagai isu jenayah, tetapi sebagai satu isu kesihatan yang memberikan kesan kepada masyarakat dari segi ekonomi, kesihatan, dan sosial.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelasnya, kerajaan berhasrat untuk menggabungkan usaha semua pihak, termasuk agensi kerajaan, pakar-pakar, dan masyarakat sivil dalam usaha untuk mencari penyelesaian yang lebih berkesan demi sebuah masyarakat Madani yang sihat dalam semua aspek.<\/p>\n\n\n<figure class=\"wp-block-post-featured-image\"><img decoding=\"async\" width=\"1280\" height=\"853\" src=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/1fe68e93-21a6-47c4-860d-7d839c7d5157.jpeg\" class=\"attachment-post-thumbnail size-post-thumbnail wp-post-image\" alt=\"\" style=\"object-fit:cover;\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/1fe68e93-21a6-47c4-860d-7d839c7d5157.jpeg 1280w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/1fe68e93-21a6-47c4-860d-7d839c7d5157-300x200.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/1fe68e93-21a6-47c4-860d-7d839c7d5157-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/1fe68e93-21a6-47c4-860d-7d839c7d5157-768x512.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/1fe68e93-21a6-47c4-860d-7d839c7d5157-820x545.jpeg 820w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/1fe68e93-21a6-47c4-860d-7d839c7d5157-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/figure>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) akan menjalankan kajian undang-undang berkaitan hukuman kesalahan penyalahgunaan dadah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":17091,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-17090","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17090","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17090"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17090\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17092,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17090\/revisions\/17092"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17090"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17090"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17090"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}