{"id":17348,"date":"2023-09-25T05:50:02","date_gmt":"2023-09-25T05:50:02","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=17348"},"modified":"2023-09-25T05:50:02","modified_gmt":"2023-09-25T05:50:02","slug":"tambah-pelaburan-untuk-penanaman-padi-persatuan-pengguna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tambah-pelaburan-untuk-penanaman-padi-persatuan-pengguna\/","title":{"rendered":"Tambah pelaburan untuk penanaman padi &#8211; Persatuan Pengguna"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Kerajaan perlu melabur lebih banyak dalam penanaman padi bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan dan mengurangkan kebergantungan beras import, khususnya di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan, berkata hanya dengan cara itu dapat menamatkan isu beras yang timbul di seluruh negara ketika ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, isu antarabangsa seperti pemanasan global dan perubahan iklim menyebabkan hasil tanaman di kebanyakan negara berkurang, sekali gus mengakibatkan negara pengeluar beras bertindak menghentikan eksport.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Oleh itu kita menggesa kerajaan untuk melabur dalam penanaman padi tempatan bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan di Malaysia,&#8221; katanya di sini, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau mengulas situasi ketiadaan beras tempatan, khususnya di Sabah, selain rungutan pengguna yang terpaksa berdepan kenaikan harga beras putih import.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, kenaikan harga beras import yang menjadi sumber bekalan utama beras rakyat di Sabah dianggap membebankan terutama bagi pengguna berpendapatan rendah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Selain itu, katanya kenaikan harga beras import juga memberi kesan kepada harga barangan lain, terutama makanan berasaskan beras.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Apa sahaja kenaikan harga barang tetap memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain. Nasi adalah makanan utama kita dan kenaikan harga antara RM1 hingga RM4 agak membebankan rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Sudah tentu dengan kenaikan harga beras ini, kos sara hidup keluarga juga meningkat,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kekurangan beras yang boleh mencetuskan amaran palsu hingga menyebabkan orang ramai panik dan tergesa-gesa ke pasar raya membeli beras tambahan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu hanya menyebabkan pengguna berebut-rebut membeli beras untuk menyimpan stok di rumah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ini akan menyebabkan permintaan beras semakin tinggi. Jadi kita meminta pihak berkuasa untuk memantau isu ini,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, David berkata pihaknya mengalu-alukan inisiatif Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, pendekatan itu menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat ketika kenaikan harga beras menjadi isu global.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan perlu melabur lebih banyak dalam penanaman padi bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan dan mengurangkan kebergantungan beras import,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":17349,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-17348","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17348","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17348"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17348\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17350,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17348\/revisions\/17350"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17349"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17348"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17348"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17348"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}