{"id":17531,"date":"2023-10-02T01:15:10","date_gmt":"2023-10-02T01:15:10","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=17531"},"modified":"2023-10-02T01:15:10","modified_gmt":"2023-10-02T01:15:10","slug":"rombakan-kabinet-mungkin-berlaku-dalam-tempoh-terdekat-zahid-hamidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/rombakan-kabinet-mungkin-berlaku-dalam-tempoh-terdekat-zahid-hamidi\/","title":{"rendered":"Rombakan kabinet mungkin berlaku dalam tempoh terdekat &#8211; Zahid Hamidi"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam masa terdekat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata antara sebabnya ialah kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup\u00a0susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Mesti ada (rombakan). Saya fikir dalam waktu terdekat,&#8221; katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ditanya desas-desus bakal dilantik mengetuai Kementerian Dalam Negeri susulan rombakan itu, Ahmad Zahid berkata beliau sedia menerima apa jua tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Sayapun lihat poster begitu\u00a0tetapi Perdana Menteri belum bagitahu saya. Sebenarnya kementerian mana pun saya pergi, saya bersedia sebab yang pentingnya Kabinet ini buat keputusan secara konsensus.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Biarpun saya memegang Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah\u00a0tetapi pada waktu yang sama, Perdana Menteri letakkan saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet, Jawatankuasa Peringkat Tinggi serta Pasukan Petugas yang melibatkan pelbagai kementerian dan saya lakukan perkara itu demi kepentingan Kerajaan Perpaduan yang ada,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahmad Zahid juga berkata sebagai Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional, beliau berharap Kementerian Wilayah dan Persekutuan dapat diwujudkan semula dalam rombakan Kabinet terbaharu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli Parlimen Bagan Datuk itu pernah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dari 2013 hingga 2018\u00a0di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut memutuskan untuk menjelajah ke semua 191\u00a0bahagian UMNO di seluruh negara\u00a0bagi mengupas isu berkaitan parti\u00a0termasuk yang melibatkan perundangan dan\u00a0politik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini penting, biar mereka (ahli UMNO)\u00a0datang dan dengar sendiri penjelasan daripada saya dan pasukan yang mengenai aspek politik,\u00a0perundangan serta\u00a0beberapa isu lain\u2026\u00a0komunikasi melalui pendekatan tanpa lisan sangat\u00a0penting, lebih penting jika ada sentuhan peribadi melalui komunikasi lisan melalui pemimpin utama organisasi,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15337,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-17531","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17531","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17531"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17531\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17532,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17531\/revisions\/17532"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17531"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17531"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17531"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}