{"id":17591,"date":"2023-10-04T22:48:58","date_gmt":"2023-10-04T22:48:58","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=17591"},"modified":"2023-10-04T22:48:58","modified_gmt":"2023-10-04T22:48:58","slug":"kerajaan-ambil-kira-keluhan-rakyat-sabah-dan-sarawak-mengenai-harga-beras-yang-tinggi-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-ambil-kira-keluhan-rakyat-sabah-dan-sarawak-mengenai-harga-beras-yang-tinggi-pm\/","title":{"rendered":"Kerajaan ambil kira keluhan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai harga beras yang tinggi &#8211; PM"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Perdana Menteri berkata kerajaan mengambil keputusan memberikan subsidi untuk beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak bagi menurunkan harganya selepas mengambil kira keluhan rakyat kedua-dua negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah sementara itu juga mengambil kira peratus pengeluaran beras tempatan di Sabah yang kini hanya kira-kira 25 peratus menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada beras import.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Perkembangan semasa terutama yang menyentuh Sabah dan Sarawak dua hari yang lalu, kita mendapat tahu dan mendengar keluhan rakyat mengenai harga beras yang meningkat dan membebankan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Seperti kita sudah maklum bahawa beras tempatan tidak tersebar luas, iaitu hanya 25 peratus saja di Sabah, maka di sini terpaksa bergantung kepada beras import.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Pada Isnin lalu kita panggil menteri dan beberapa pegawai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mendengar pandangan dan kita putuskan supaya langkah sementara dipanggil melalui subsidi kerajaan,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam tadi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hadir sama, Ketua Menteri SabahbDatuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na&#8217;im Mokhtar dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga EXCO Agama Negeri Sabah Datuk Mohd Arifin Arif.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Anwar berkata, kerajaan memilih untuk mengumumkan pemberian subsidi bagi memastikan rakyat Sabah dan Sarawak, terutama yang miskin dan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan harga beras yang tinggi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya dimaklumkan oleh kerajaan negeri dan pegawai bahawa ada tempat harga beras import di Sabah ketika ini RM45 , ada RM41 ada RM39, jadi bagaimana kita nak kurangkan harga beras, ini keperluan harian untuk makanan keluarga.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Maka Isnin lalu kita umumkan untuk mengurangkan tekanan rakan-rakan Sabah dan Sarawak dengan turunkan harga beras import daripada RM45 kepada RM31,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan mencari jalan untuk memastikan BPI di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak tidak terlalu tinggi disebabkan kos pengangkutan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, langkah itu perlu memandangkan harga di kawasan pedalaman dijangka masih tinggi walaupun kerajaan memberikan subsidi untuk menurunkan harga BPI kepada RM31 bagi kampit 10 kilogram, mulai esok.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Perdana Menteri berkata kerajaan mengambil keputusan memberikan subsidi untuk beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak bagi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":17592,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-17591","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17591","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17591"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17591\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17593,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17591\/revisions\/17593"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17592"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17591"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17591"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17591"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}