{"id":17605,"date":"2023-10-05T07:44:38","date_gmt":"2023-10-05T07:44:38","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=17605"},"modified":"2023-10-05T07:45:13","modified_gmt":"2023-10-05T07:45:13","slug":"pemborong-peniaga-naikkan-harga-beras-putih-import-akan-diambil-tindakan-tegas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pemborong-peniaga-naikkan-harga-beras-putih-import-akan-diambil-tindakan-tegas\/","title":{"rendered":"Pemborong, peniaga naikkan harga beras putih import akan diambil tindakan tegas"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">SANDAKAN: Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Sandakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemborong dan peniaga yang menaikkan harga beras putih import daripada yang ditetapkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ia susulan pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengenai pemberian subsidi daripada kerajaan sebanyak RM950 setiap tan bagi bekalan beras putih import di Sabah dan Sarawak berkuatkuasa hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Cawangan KPB Sandakan, Mohamad Saiful Nizam Adnan berkata pihaknya telah mengedar surat arahan disetiap peringkat untuk pelaksanaan harga subsidi beras putih import mengikut yang ditetapkan kerajaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPemantauan berterusan akan dilaksanakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan di peringkat bandar mahupun luar bandar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik lesen terhadap mana-mana pihak yang tidak mengikut arahan,\u201d katanya selepas melakukan pemantauan harga beras putih import bersama KPDN Cawangan Sandakan di beberapa syarikat pemborong dan pasaraya di Sandakan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata bekalan beras di daerah ini mencukupi dan boleh menampung permintaan pengguna sehingga tempoh tiga bulan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBekalan beras di peringkat pemborong mencukupi dan hari ini harga beras putih import diturunkan. Oleh itu, saya berharap pengguna tidak risau dan tidak perlu berebut-rebut membeli beras.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSekiranya ada kedai yang masih menjual beras putih import pada harga lama, mohon maklumkan kepada KPDN dan KPB untuk pihak kami mengambil tindakan,\u201d jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, ketika ditanya adakah penurunan harga beras import putih akan memberi impak kepada Jualan Rahmah, Azdy berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama wakil vendor terlibat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUntuk makluman saya ada membuat mesyuarat bersama vendor Jualan Rahmah dan beras menjadi topik utama dalam perbincangan ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKami akan berbincang lagi selepas ini bagi menentukan harga beras yang sesuai dijual pada Jualan Rahmah terutama untuk hujung minggu ini,\u201d jelasnya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Sandakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemborong dan peniaga yang menaikkan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":17606,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-17605","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17605","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17605"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17605\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17607,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17605\/revisions\/17607"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17605"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17605"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17605"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}