{"id":17637,"date":"2023-10-07T05:20:51","date_gmt":"2023-10-07T05:20:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=17637"},"modified":"2023-10-07T05:20:51","modified_gmt":"2023-10-07T05:20:51","slug":"penutupan-kilang-blok-ais-jejaskan-periuk-nasi-nelayan-di-karamunting","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/penutupan-kilang-blok-ais-jejaskan-periuk-nasi-nelayan-di-karamunting\/","title":{"rendered":"Penutupan Kilang blok ais jejaskan periuk nasi nelayan di Karamunting"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">SANDAKAN: Sebuah kilang blok ais di Karamunting yang diarahkan tutup selama tiga bulan telah menjejaskan periuk nasi nelayan setempat di sini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata ramai nelayan di kawasan itu tidak dapat ke laut kerana tiada bekalan blok ais.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya difahamkan nelayan di sini memerlukan lebih kurang 100 blok ais setiap kali mereka keluar ke laut untuk memastikan kesegaran hasil tangkapan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Apatah lagi dengan cuaca sekarang yang amat panas, nelayan memang memerlukan bekalan blok ais,&#8221; katanya di sini, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Terdahulu beliau telah berjumpa dengan pengendali kilang blok ais di Karamunting bagi mendapatkan maklumat mengenai notis penutupan itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Difahamkan, kilang tersebut telah diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Sandakan tiga bulan lalu selepas gagal memenuhi syarat pengendalian yang telah ditetapkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya telah menghubungi Pegawai Kesihatan Sandakan Dr Johari Awang Besar untuk masalah ini dan beliau telah menerangkan kepada saya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh kilang tersebut. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Oleh itu, saya telah menasihati pihak kilang agar membuat kerja-kerja pembersihan dan penambahbaikan di dalam kilang supaya mereka dapat diberi kelulusan untuk kembali beroperasi semula,&#8221; katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">George berharap agar usaha beliau untuk menyelaras perbincangan di antara tiga pihak itu akan membuahkan hasil sekaligus membantu golongan nelayan untuk kembali kepada jadual tangkapan ikan mereka yang normal. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jelasnya, kilang tersebut kini sedang giat berusaha untuk membersihkan dan menambahbaik kemudahan dan beliau yakin kilang itu akan dapat dibuka semula tidak lama lagi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telus berkongsi maklumat dan saya percaya jika kita boleh duduk berbincang bersama secara tenang, semua pihak akan dapat mencapai situasi menang-menang,&#8221; tambah George.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Sebuah kilang blok ais di Karamunting yang diarahkan tutup selama tiga bulan telah menjejaskan periuk nasi nelayan setempat di&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":17638,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-17637","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17637","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17637"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17637\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17639,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17637\/revisions\/17639"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17638"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17637"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17637"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17637"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}