{"id":17793,"date":"2023-10-13T04:20:46","date_gmt":"2023-10-13T04:20:46","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=17793"},"modified":"2023-10-13T04:22:28","modified_gmt":"2023-10-13T04:22:28","slug":"lpp-laksana-dua-projek-mini-estet-padi-untuk-bantu-tingkatkan-pengeluaran-padi-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/lpp-laksana-dua-projek-mini-estet-padi-untuk-bantu-tingkatkan-pengeluaran-padi-di-sabah\/","title":{"rendered":"LPP laksana dua projek mini estet padi untuk bantu tingkatkan pengeluaran padi di Sabah"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sedang melaksanakan dua mini estet padi di dua kawasan dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil padi dan pendapatan pesawah di negeri ini.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPP, Amir Matamin, berkata mini estet seluas 150 hektar itu dilaksanakan di Terusan Sapi, Beluran dan Kampung Kabatasan, Pitas.<\/p>\n<p>Katanya, projek berkenaan dilaksanakan menerusi peruntukan pada 2021 dan 2022 bagi meningkatkan pengeluaran padi dan membantu pesawah di kawasan terbabit melaksanakan penanaman padi secara tersusun.<\/p>\n<p>&#8220;Di Sabah, melalui peruntukan pada 2021 dan 2022, kita ada mini estet padi di Terusan Sapi, Beluran dan Kampung Kabatasan, Pitas dengan keluasan 150 hektar.<\/p>\n<p>&#8220;Kedua-duanya masih dilaksanakan dan kita memantau perkembangannya. Mudah-mudahan dengan peruntukan ini akan berlaku peningkatan hasil padi dan pendapatan petani,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Taklimat Peranan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan Ahli Pertubuhan Peladang (PP) Dalam Projek-Projek, di sini, semalam.<\/p>\n<p>Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, Datuk Mohd Nazri Abdullah.<\/p>\n<p>Amir berkata, selain mini estet padi, LPP turut terlibat dalam pelaksanaan Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) yang menekankan pengurusan penanaman padi secara tersusun.<\/p>\n<p>Pada masa yang sama, katanya LPP turut terbabit dalam penyediaan kemudahan jentera dan mekanisasi bagi membantu pesawah dari segi penggunaan jentera untuk penghasilan yang lebih besar.<\/p>\n<p>Katanya, bagi tahun ini LPP Sabah menerima 23 jentuai dan traktor baharu untuk meningkatkan lagi penanaman padi di negeri ini.<\/p>\n<p>&#8220;Sebab itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kita memang fokus untuk mekanisasi dan automasi untuk membantu peladang dari segi kemudahan jentera,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kedua-dua program LPP itu iaitu penyediaan jentera dan projek penanaman padi bertujuan untuk melonjakkan pengeluaran hasil padi.<\/p>\n<p>&#8220;Bagaimanapun di Sabah, kita masih berdepan dengan masalah saliran. Tapi secara umumnya, melalui dua proram ini kita akan cuba meningkatkan hasil padi di negeri ini,&#8221; kata Amir.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sedang melaksanakan dua mini estet padi di dua kawasan dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":17794,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-17793","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17793","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17793"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17793\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17795,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17793\/revisions\/17795"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17794"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17793"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17793"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17793"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}