{"id":17800,"date":"2023-10-13T08:50:29","date_gmt":"2023-10-13T08:50:29","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=17800"},"modified":"2023-10-13T08:50:29","modified_gmt":"2023-10-13T08:50:29","slug":"qsb-laksana-penstrukturan-semula-syarikat-subsidiarinya-memfokuskan-perniagaan-bagi-tingkat-keuntungan-dr-yusof","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/qsb-laksana-penstrukturan-semula-syarikat-subsidiarinya-memfokuskan-perniagaan-bagi-tingkat-keuntungan-dr-yusof\/","title":{"rendered":"QSB laksana penstrukturan semula syarikat subsidiarinya memfokuskan perniagaan bagi tingkat keuntungan &#8211; Dr Yusof"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) dalam proses penstrukturan semula syarikat-syarikat subsiadiarinya memfokuskan perniagaan bagi meningkatkan keuntungan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengerusi QSB Datuk Dr Yusof Yacob berkata selepas dilantik menjadi pengerusi QSB, beliau telah meneliti perjalanan perniagaan semua anak-anak syarikat dan mendapati banyak ruang boleh dilaksanakan untuk ditambah baik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya telah memanggil semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat dan memberitahu mereka kita perlu penstrukturan semula secara besar-besaran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJadi mana-mana syarikat dan perniagaan yang boleh dikembangkan kita kembangkan atau meneroka perniagaan baru dan saya telah beri gambaran pada Townhall pertama awal tahun ini dan bagi peluang mereka melakukan penyusunan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPada Townhall kedua ini saya meminta mereka buat pembentangan apa yang telah mereka buat dan Alhamdulillah..walaupun tidak begitu memberangsangkan lagi tapi ini adalah permulaan baik..dan selepas ini, kita pastikan ia dilaksanakan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau ditemui Sabah News Today selepas Sesi Townhall QSB di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">QSB telah diperbadankan pada 6hb April 1995 sebagai cabang pelaburan Kerajaan Negeri Sabah di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ia pada mulanya dijalankan sebagai syarikat awam berhad tetapi kemudiannya menjadi syarikat sendirian berhad pada 15hb September 1995.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Qhazanah Sabah Berhad menjana pendapatan daripada syarikat-syarikat subsidiarinya yang menjalankan perniagaan usaha niaga daripada pengurusan dan perkhidmatan pelabuhan, telekomunikasi, pemilikan kenderaan bermotor dan perkhidmatan berkaitan pengangkutan, tenaga, pembangunan dan pemilikan hartanah, pensterilan dan penyediaan perkhidmatan perubatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Syarikat-syarikat subsidiary QSB adalah Comon Tower Technologies, Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd, Qhazanah Technology Sdn Bhd, Angkatan Hebat Group, Suria Capital Holding Berhad, Qhazanah Quantum Sdn Bhd, Borneo Housing Mortage Finance Berhad, WH Medicare Sdn Bhd dan Qhazanah Resources Sdn Bhd, Energy Venture Sdn Bhd, Kojasa Holdings Berhad, WH Cekal Bersepadu Sdn Bhd dan WHSB Ventures Sdn Bhd. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Yusof berkata beliau mahu membentuk satu pasukan yang faham dengan visi QSB dan melaksanakan penyusunan semula perniagaan mereka secara terperinci dengan ada sasaran masa dan ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang harus dicapai.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya penstrukturan semula ini akan selesai hujung tahun ini dan tahun hadapan adalah masa pelaksanaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita ada setahun untuk menyusun semula dan kini sedang dilaksanakan dan kita nilai menerusi KPI tertentu mengikut anak syarikat,\u201d kata Dr Yusof.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu. turut diberi tumpuan oleh Dr Yusof adalah mewujudkan Yayasan Qhazanah bagi melakukan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai sumbangan kepada masyarakat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya syarikat-syarikat subsidiari QSB menyumbang ke Yayasan menerusi hasil keuntungan yang diperolehi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata salah satu yang dirancang menerusi Yayasan ini adalah membuka sebuah Pusat Hemodialisis untuk masyarakat yang memerlukan.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) dalam proses penstrukturan semula syarikat-syarikat subsiadiarinya memfokuskan perniagaan bagi meningkatkan keuntungan. Pengerusi QSB Datuk&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":17801,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-17800","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17800","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17800"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17800\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17802,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17800\/revisions\/17802"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17801"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17800"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17800"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17800"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}