{"id":17803,"date":"2023-10-13T10:54:01","date_gmt":"2023-10-13T10:54:01","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=17803"},"modified":"2023-10-13T10:54:01","modified_gmt":"2023-10-13T10:54:01","slug":"lpp-bantu-ppn-wujudkan-rantaian-industri-padi-yang-lengkap-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/lpp-bantu-ppn-wujudkan-rantaian-industri-padi-yang-lengkap-di-sabah\/","title":{"rendered":"LPP bantu PPN wujudkan rantaian industri padi yang lengkap di Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) komited membantu Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah untuk mewujudkan rantaian industri padi yang lengkap dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) LPP, Nik Mohd Shaharil Nik Md Hashim, berkata usaha itu sejajar usaha merealisasikan cadangan untuk menjadikan Sabah sebagai jelapang padi yang kedua negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, rantaian industri padi yang lengkap merangkumi proses penyediaan benih padi, pembajakan, penanaman, pembajaan, penuaian dan pengilangan padi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Konsep kita, benih kita sediakan, tanam padi kita yang tanam, manakala membajak dan penuaian padi juga menggunakan jentera PPN.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita juga berharap ada kilang padi juga di Sabah nanti sekali gus membentuk rantaian industri padi yang lengkap di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ini antara harapan kita dan PPN Sabah untuk menjayakan saranan menjadikan Sabah sebagai jelapang padi yang kedua,&#8221; katanya ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPN Sabah Ke-35, di sini, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Turut hadir, Pengerusi PPN Sabah Datuk Mohd Nazri Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPP Amir Matamin dan Pengarah LPP Sabah Hadriyani Ahmad.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Nik Mohd Shaharil berkata, Sabah mempunyai banyak peluang yang boleh dimanfaatkan dalam pertanian, termasuk untuk dijadikan jelapang padi kedua demi keselamatan makanan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, beberapa daerah di negeri ini, khususnya Kota Belud, Papar, Keningau, Pitas dan Beluran memiliki kawasan yang luas untuk penanaman padi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Berikutan itu, beliau berkata PPN Sabah perlu diberi keutamaan dalam mengembangkan lagi industri padi di negeri ini agar lebih ramai ahli Pertubuhan Peladang dapat dilibatkan dalam aktiviti berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kerajaan meletakkan harapan agar PPN sama-sama merelisasikan usaha untuk meningkatkan tahap sara diri (SSL) pengeluaran padi negara yang ketika ini mencapai kira-kira 70 peratus,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Terdahulu, Mohd Nazri berkata, sudah tiba masanya Pertubuhan Peladang di Sabah bertindak lebih aktif dalam merancang dan melaksanakan projek pertanian atau industri berasaskan makanan di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, banyak aktiviti boleh dilaksanakan dengan bantuan dana yang disediakan kerajaan melalui LPP asalkan Pertubuhan Peladang, termasuk di peringkat kawasan (PPK) mengemukakan permohonan dana untuk projek yang mahu dilaksanakan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Masalahnya kita tidak memohon sedangkan banyak peruntukan diberikan. Jadi saya mahu Pertubuhan Peladang di Sabah membuat permohonon bermula projek untuk tahun depan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kadang-kadang kita marah kepada kerajaan apabila LPP tidak memberikan peruntukan tetapi kita yang tidak memohon. Jadi, saya minta kepada semua PPK di Sabah buatlah permohonan,&#8221; kata Mohd Nazri.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) komited membantu Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah untuk mewujudkan rantaian industri padi yang lengkap&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":17804,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-17803","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17803","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17803"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17803\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17805,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17803\/revisions\/17805"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17804"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17803"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17803"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17803"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}