{"id":17958,"date":"2023-10-19T05:55:49","date_gmt":"2023-10-19T05:55:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=17958"},"modified":"2023-10-19T05:55:49","modified_gmt":"2023-10-19T05:55:49","slug":"st-luluskan-cadangan-sesb-pasang-stor-penyimpanan-tenaga-melalui-bateri-berkapasiti-100mw","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/st-luluskan-cadangan-sesb-pasang-stor-penyimpanan-tenaga-melalui-bateri-berkapasiti-100mw\/","title":{"rendered":"ST luluskan cadangan SESB, pasang stor penyimpanan tenaga melalui bateri berkapasiti 100MW"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bakal melaksanakan pemasangan sistem penyimpanan tenaga melalui bateri berkapasiti 100 megawatt (MW) sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah catuan bekalan elektrik di Sabah.<\/p>\n<p>Pengerusi SESB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau memaklumkan, perkara itu telahpun diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) Malaysia.<\/p>\n<p>&#8220;Kami di SESB berharap Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) akan mempertimbangkan keputusan ST tersebut secara positif demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.<\/p>\n<p>&#8220;Sebagai makluman, stor penyimpanan bateri (BESS) ini akan menyimpan tenaga elektrik yang tidak digunakan semasa bukan waktu puncak iaitu tenaga yang tidak digunakan sekitar pukul 12 tengah malam hingga jam 7 pagi.<\/p>\n<p>&#8220;Bekalan tenaga ini akan menjadi backup untuk menampung keperluan permintaan tinggi pengguna pada waktu puncak terutamanya pada musim cuaca panas atau atas faktor-faktor lain yang berkaitan termasuk sekiranya berlaku sistem rosak,&#8221; katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan Bajet 2024 pada sesi Parlimen Dewan Rakyat Selasa lepas.<\/p>\n<p>Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata beliau dan wakil-wakil rakyat dari Sabah sudah sekian lama berhujah di Dewan Rakyat bahawa Sabah adalah satu-satunya wilayah di Malaysia yang masih mengalami catuan bekalan elektrik.<\/p>\n<p>Katanya keadaan ini berlaku kerana kapasiti penjanaan sedia ada yang rendah iaitu dengan reserve margin di bawah paras 1 peratus.<\/p>\n<p>&#8220;Margin rizab ini bermaksud stok tenaga elektrik untuk kegunaan semasa kecemasaan terutama apabila berlakunya sistem rosak atau sekiranya berlaku permintaan yang tinggi melebihi kebiasaan dalam kalangan pengguna elektrik.<\/p>\n<p>&#8220;Sehubungan dengan itu, setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) Malaysia di atas keputusan meluluskan pemasangan 100MW kapasiti simpanan bateri ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Namun demikian, beliau berkata, langkah ini adalah bersifat sementara dan tentunya tidak dapat menyelesaikan masalah Margin Rizab yang rendah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bakal melaksanakan pemasangan sistem penyimpanan tenaga melalui bateri berkapasiti 100 megawatt (MW) sebagai&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":17959,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-17958","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17958","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17958"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17958\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17960,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17958\/revisions\/17960"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17959"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17958"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17958"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17958"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}