{"id":18131,"date":"2023-10-24T21:38:02","date_gmt":"2023-10-24T21:38:02","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=18131"},"modified":"2023-10-24T21:38:02","modified_gmt":"2023-10-24T21:38:02","slug":"kerajaan-perlu-tingkatkan-peruntukan-penyelenggaraan-jalan-persekutuan-dan-cerun-di-sabah-shahelmey","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-perlu-tingkatkan-peruntukan-penyelenggaraan-jalan-persekutuan-dan-cerun-di-sabah-shahelmey\/","title":{"rendered":"Kerajaan perlu tingkatkan peruntukan penyelenggaraan jalan persekutuan dan cerun di Sabah &#8211; Shahelmey"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KUALA LUMPUR: Sabah memerlukan lebih banyak peruntukan untuk kerja penyelenggaraan jalan persekutuan dan cerun bagi menyelesaikan masalah kerosakan jalan raya yang menimbulkan rungutan pengguna jalan raya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Peruntukan untuk kerja penyelenggaraan jalan raya sedia ada itu disuarakan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata peruntukan berkenaan adalah antara perkara yang perlu diberikan perhatian kerajaan persekutuan selain peruntukan untuk projek Lebuhraya Pan Borneo.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Selain daripada projek Lebuhraya Pan Borneo, adalah juga diharapkan peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan dan cerun-cerun dapat ditingkatkan bagi memberi keadaan jalan dan cerun yang lebih selamat dan selesa disediakan di Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Sudah 60 tahun Sabah menjadi rakan kongsi pembentukan Malaysia dan sudah banyak jalan-jalan raya di Sabah yang telah melebihi jangka hayat reka bentuk dan memerlukan untuk dinaik taraf,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata bagi pelaksanaan fasa 1B projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, ia sememangnya ditunggu-tunggu rakyat Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, beliau berharap pelantikan semua kontraktor pelaksana untuk fasa berkenaan dapat dilengkapkan pada akhir tahun ini dan awal tahun depan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya berasa lega mendengar bahawa RM15.7 billion telah diperuntukkan bagi projek yang sudah lama dinantikan ini. Lebuhraya Pan Borneo ini penting bagi Sabah kerana ianya merupakan \u2018game changer\u2019 bagi negeri Sabah bila ianya siap kelak. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Besarlah harapan kami agar pemilihan kontraktor-kontraktor nanti adalah berdasarkan kriteria kelayakan yang telah diteliti sepenuhnya,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Shahelmey memohon agar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dapat melaksanakan banyak cadangan projek bekalan air luar bandar yang telah lama tertunggak bagi mengatasi isu bekalan air di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jelasnya, menerusi pelaksanaan itu, ia dilihat dapat membantu mengurangkan masalah bekalan air, khususnya di kawasan luar bandar di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;YAB Menteri Kewangan juga ada menyebut tentang peruntukan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bagi negeri Sabah dalam ucapan bajet 2024. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Semoga peruntukan itu dapat diperincikan dan diselaras bersama Jabatan Air Negeri Sabah. Semoga juga ianya dapat dilaksanakan dalam tahun hadapan,&#8221; kata Shahelmey.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Sabah memerlukan lebih banyak peruntukan untuk kerja penyelenggaraan jalan persekutuan dan cerun bagi menyelesaikan masalah kerosakan jalan raya&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":18132,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-18131","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18131","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18131"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18131\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18133,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18131\/revisions\/18133"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18132"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18131"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18131"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18131"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}