{"id":18250,"date":"2023-10-27T10:52:27","date_gmt":"2023-10-27T10:52:27","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=18250"},"modified":"2023-10-27T10:52:27","modified_gmt":"2023-10-27T10:52:27","slug":"minggu-solidariti-palestin-tidak-wajib-untuk-sekolah-di-sabah-sarawak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/minggu-solidariti-palestin-tidak-wajib-untuk-sekolah-di-sabah-sarawak\/","title":{"rendered":"Minggu Solidariti Palestin tidak wajib untuk sekolah di Sabah, Sarawak"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Sekolah di Sabah dan Sarawak tidak diwajibkan untuk mengadakan aktiviti Minggu Solidariti Palestin pada 29 Oktober hingga 3 November ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe, berkata ia disahkan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ketika ditanya mengenai penganjuran aktiviti itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, beliau meminta penjelasan Hui Ying berhubung penganjuran aktiviti itu berikutan bantahan pelbagai pihak di Sabah yang tidak berseruju ia diadakan di sekolah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Malam tadi, selepas menamatkan lawatan rasmi ke Brunei, saya segera mendapatkan pengesahan daripada Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Beliau mengatakan bahawa sekolah di Sabah dan Sarawak boleh memilih sama ada menganjurkan Minggu Solidariti Palestin atau tidak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya percaya aktiviti ini bukan saja tidak digalakkan di Sabah, malah sepatutnya tidak diadakan di seluruh negara. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kementerian Pendidikan seharusnya menggalakkan sekolah mengajar pentingnya keamanan berbanding membawa kanak-kanak dalam gerakan politik yang kompleks,&#8221; katanya dalam satu kenyataan, di sini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah itu berkata, kerajaan dan Kementerian Pendidikan harus memastikan semua sekolah dan institusi pendidikan di negara ini dijauhkan daripada konflik politik antarabangsa, pertikaian agama dan perang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Pelajar harus hadir ke sekolah untuk menimba pengetahuan berbanding terbabit dalam protes orang dewasa di merata tempat di dunia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Pelajar muda tidak seharusnya diheret dalam konflik Palestin &#8211; Israel yang sedang berlaku ketika ini,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jin Zhe berkata, beliau mengakui pendirian Kerajaan Perpaduan yang menyokong Palestin berdasarkan pertimbangan kemanusiaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, katanya pelajar di bawah umur tidak seharusnya menyertai dalam apa-apa bentuk aktiviti politik, khususnya yang membabitkan konflik luar negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ini kerana ia boleh memberi kesan kepada aspek fizikal, mental dan pembangunan rohani pelajar bawah umur.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya menentang keras tindakan perang dan kekerasan serta berdoa agar ada penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel supaya rakyatnya dapat kembali menikmati keamanan,&#8221; katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sekolah di Sabah dan Sarawak tidak diwajibkan untuk mengadakan aktiviti Minggu Solidariti Palestin pada 29 Oktober hingga 3&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":18251,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-18250","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18250","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18250"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18250\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18252,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18250\/revisions\/18252"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18251"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18250"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18250"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18250"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}