{"id":18473,"date":"2023-11-02T00:55:10","date_gmt":"2023-11-02T00:55:10","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=18473"},"modified":"2023-11-02T00:55:20","modified_gmt":"2023-11-02T00:55:20","slug":"ums-mampu-bangunkan-projek-ea-dan-bda-tingkatkan-perkhidmatan-digital","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ums-mampu-bangunkan-projek-ea-dan-bda-tingkatkan-perkhidmatan-digital\/","title":{"rendered":"UMS &#8211; MAMPU bangunkan Projek EA dan BDA, tingkatkan perkhidmatan digital"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggunakan khidmat perundingan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dalam pembangunan enterprise architecture (EA) dan analitis data raya atau dikenali sebagai Big Data Analytics (BDA) di UMS.<\/p>\n<p>Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, pembangunan EA dan BDA di UMS adalah selaras dengan pelaksanaan inisiatif data raya seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).<\/p>\n<figure id=\"attachment_18474\" aria-describedby=\"caption-attachment-18474\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-18474\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/1f3a1521-bdc9-4b78-87c3-c731ea05733d-300x143.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"143\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/1f3a1521-bdc9-4b78-87c3-c731ea05733d-300x143.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/1f3a1521-bdc9-4b78-87c3-c731ea05733d-768x366.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/1f3a1521-bdc9-4b78-87c3-c731ea05733d.jpeg 1021w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-18474\" class=\"wp-caption-text\">Raman (dua dari kiri) dan Asri (dua dari kanan) masing-masing memegang dokumen EA dan BRS BDA UMS.<\/figcaption><\/figure>\n<p>Katanya, pelaksanaan EA dan BDA di UMS amat penting bagi memastikan kualiti perkhidmatan digital universiti dapat ditingkatkan serta memastikan perancangan dan pembuatan keputusan pada masa hadapan adalah berlandaskan data.<\/p>\n<p>Beliau berkata UMS komited menyokong Teras Strategik 2, Pelan Strategik Pendigitalan Agensi Sektor Awam 2021-2025 dengan mewujudkan agenda pendigitalan ke dalam Pelan Strategik UMS 2023-2027 melalui Key Result Area (KRA) 7, Digital Transformation yang bermatlamat untuk menyediakan infrastruktur digital yang mampan, perkhidmatan digital yang inklusif, dan pengurusan data yang komprehensif.<\/p>\n<p>\u201cSehubungan itu, kerjasama dengan khidmat perundingan daripada Bahagian Perundingan ICT, MAMPU dalam pembangunan EA dan BDA adalah langkah tepat dalam menyokong strategik inisiatif KRA 7 UMS.<\/p>\n<p>\u201cDengan tersedianya EA UMS ini, pihak pengurusan berharap ia akan dapat mempercepatkan dan meningkatkan lagi proses transformasi digital di UMS,\u201d katanya para Majlis menandatangani dokumen kerjasama UMS dan MAMPU di sini, semalam.<\/p>\n<p>Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr. Raman Noordin.<\/p>\n<p>Tambah Kasim, transformasi digital yang menyeluruh merangkumi domain bisnes, data, aplikasi dan teknologi akan meningkatkan kualiti perkhidmatan digital dan memberi manfaat kepada pemegang taruh UMS.<\/p>\n<p>\u201cBegitu juga dengan pelaksanaan BDA UMS, inisiatif dan perancangan strategik yang lebih mampan akan dapat dirangka berlandaskan data dan maklumat. Secara tidak langsung, pelaksanaan BDA akan meningkatkan lagi pembudayaan keputusan berlandaskan data di UMS,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengarah Bahagian Perundingan ICT MAMPU, Nur Hidayah Abdullah berkata pihaknya menghargai kepercayaan yang diberikan oleh UMS mendapatkan khidmat perundingan MAMPU bagi projek tersebut.<\/p>\n<p>\u201cMAMPU juga ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah terutamanya kepada Ketua Pegawai Digital UMS, Prof Dr. Awang Asri atas kejayaan membangunkan EA dan BDA di UMS bermula November 2022 sehingga Oktober tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama MAMPU dan UMS dalam membangunkan EA dan Spesifikasi Keperluan Bisnes (BRS) BDA secara dalaman telah menyumbang kepada penjimatan kos perunding luar.<\/p>\n<p>\u201cPembangunan EA dan BRS DBA UMS ini diharap dapat meningkatkan pendigitalan, penyepaduan proses dan infrastruktur UMS serta perkongsian data dalam kalangan universiti dan agensi kerajaan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Pembangunan EA UMS direka bentuk berteraskan pendigital perkhidmatan yang berfokus kepada pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkeupayaan serta dapat meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan yang berorientasikan keperluan industri.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggunakan khidmat perundingan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dalam pembangunan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":18475,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-18473","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18473","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18473"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18473\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18476,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18473\/revisions\/18476"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18475"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18473"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18473"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18473"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}