{"id":18530,"date":"2023-11-03T11:09:59","date_gmt":"2023-11-03T11:09:59","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=18530"},"modified":"2023-11-03T11:09:59","modified_gmt":"2023-11-03T11:09:59","slug":"proses-permohonan-pembiayaan-agensi-agensi-kuskop-ditambahbaik-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/proses-permohonan-pembiayaan-agensi-agensi-kuskop-ditambahbaik-ewon\/","title":{"rendered":"Proses permohonan pembiayaan agensi-agensi KUSKOP ditambahbaik &#8211; Ewon"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR : Agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menambahbaik dan program dan insiatif keusahawanan serta memudah cara permohonan pembiayaan.<\/p>\n<p>Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata ini termasuk mengurangkan tempoh kelulusan pembiayaan dan pengeluaran pembiayaan serta mengurangkan keperluan dokumentasi.<\/p>\n<p>\u201cTEKUN Nasional mengurangkan keperluan dokumentasi daripada 17 dokumen kepada 4 dokumen bagi skim pembiayaan TEKUN.<\/p>\n<p>\u201cTempoh kelulusan pembiayaan juga dikurangkan kepada tujuh hari bekerja berbanding 21 hari bekerja serta urusan penyaluran peruntukan dilaksanakan dalam tempoh tiga hari bekerja,\u201d katanya ketika menyampaikan penggulungan perbahasan Bajet 2024 peringkat dasar, bagi kementeriannya, kelmarin.<\/p>\n<p>Ewon berkata, SME Bank juga memproses permohonan secara purata dalam tempoh 21 hari bekerja berbanding 30 hari bekerja sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cBank Rakyat telah mengurangkan tempoh kelulusan pembiayaan mikro daripada 10 hari kepada enam hari bekerja;<\/p>\n<p>\u201cAmanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah mengurus tempoh pengeluaran pembiayaan dalam tempoh masa 10 hari berbanding 16 hari sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cPernas juga mengambil inisiatif membangunkan sistem penilaian secara scorecard atas talian bagi membantu mempercepatkan proses pengeluaran dana yang dijangka akan mula digunakan pada bulan Februari 2024,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Katanya lagi, agensi KUSKOP yang menawarkan bantuan kewangan seperti pinjaman di bawah AIM dan geran di bawah SME Corp. tidak mengambil kira penilaian CTOS dan CCRIS, bagi sumber peruntukan yang menggunakan dana kerajaan.<\/p>\n<p>Mengenai cadangan supaya had kadar keuntungan bagi pembiayaan tidak melebihi empat peratus kepada usahawan mikro, Ewon berkata, kadar keuntungan yang ditetapkan tertakluk kepada sumber dana yang digunakan di mana skim pembiayaan yang menggunakan dana kerajaan akan menawarkan kadar yang kompetitif.<\/p>\n<p>\u201cDalam hubungan ini, agensi-agensi di bawah KUSKOP telah menyediakan kadar keuntungan yang tidak melebihi empat peratus melibatkan skim pembiayaan seperti skim-skim pembiayaan di bawah TEKUN Nasional dengan kadar keuntungan kurang daripada empat peratus setahun berdasarkan sumber peruntukan.<\/p>\n<p>\u201cSkim Pembiayaan Perusahaan Sosial oleh SME Bank untuk perusahaan mikro dan kecil yang menawarkan pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak tiga peratus setahun.<\/p>\n<p>\u201cSkim Pembiayaan Perniagaan Mikro (Mikro Madani) dan Program Pembiayaan Digital PMKS (DFI) oleh SME Corp. menawarkan pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus setahun dan Program Be Your Own Boss (BYOB) oleh Pernas juga menawarkan pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak 3.75 peratus,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Berkenaan cadangan mewajibkan latihan dan bimbingan kepada usahawan yang memohon bantuan pembiayaan, Ewon berkata, terdapat agensi-agensi KUSKOP yang telah mewajibkan penerima program menghadiri kursus latihan dan bimbingan keusahawanan.<\/p>\n<p>\u201cAntaranya TEKUN Nasional, mewajibkan kehadiran penerima pembiayaan menghadiri Seminar Asas Keusahawanan (SAK) bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman usahawan mengenai strategi dan teknik pemasaran berkesan serta pengurusan kewangan perniagaan yang cekap.<\/p>\n<p>\u201cDi bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) oleh SME Corp, pemilik syarikat yang tiada latar belakang pengetahuan kewangan dan perakaunan diwajibkan untuk mengikuti kursus kewangan. Selepas mengikuti kursus tersebut, PMKS layak membuat tuntutan balik kos pembelajaran yang telah dibayar (maksimum RM1,000 geran).<\/p>\n<p>\u201cUsahawan yang telah menerima pembiayaan PERNAS juga diwajibkan menghadiri latihan berkaitan industri dan operasi perniagaan francais bagi tempoh dua hari,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengenai cadangan penambahan kemudahan mesin ATM Bank Rakyat di Pekan Julau, Ewon berkata, Bank Rakyat telah mengenalpasti lokasi yang berpotensi bagi penempatan tambahan satu lagi mesin ATM Bank Rakyat bersebelahan mesin ATM sedia ada di premis Koperasi Daerah Julau Berhad.<\/p>\n<p>\u201cPemasangan mesin ATM tersebut dijangka akan dilaksanakan pada Disember ini,\u201d kata Ewon.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR : Agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menambahbaik dan program dan insiatif keusahawanan serta&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":18531,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-18530","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18530","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18530"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18530\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18532,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18530\/revisions\/18532"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18531"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18530"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18530"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18530"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}