{"id":18731,"date":"2023-11-10T09:52:03","date_gmt":"2023-11-10T09:52:03","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=18731"},"modified":"2023-11-10T09:52:03","modified_gmt":"2023-11-10T09:52:03","slug":"esscom-periksa-352-individu-dalam-operasi-bersepadu-di-semporna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/esscom-periksa-352-individu-dalam-operasi-bersepadu-di-semporna\/","title":{"rendered":"Esscom periksa 352 individu dalam operasi bersepadu di Semporna"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU:<\/span><span class=\"s1\"> Seramai 352 individu dan 16 rumah diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) di sini, Rabu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Komander EsscomM, DCP Datuk Victor Sanjos berkata Khamis, daripada jumlah itu, 29 individu ditahan untuk dokumentasi tetapi 26 individu dibebaskan selepas saringan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTiga pendatang tanpa izin dari Filipina ditahan kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959\/63, dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Semporna untuk tindakan lanjut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDua individu lain turut ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas diuji positif penyalahgunaan dadah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Victor, operasi yang dijalankan oleh 165 anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan itu adalah selaras dengan matlamat Esscom iaitu \u2018Tiada Hari Tanpa Operasi\u2019.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Antara agensi yang terlibat ialah polis, Polis Marin Semporna, 69 Komando, Unit Dron Tentera Udara PDRM Sabah dan Batalion 14 Pasukan Gerakan Am Tawau, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen, Pendaftaran Negara, Rela, Jabatan Kebajikan, Kementerian Kesihatan, Mahkamah Anak Negeri dan Pejabat Daerah Semporna.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Victor berkata beliau telah mengarahkan Bahagian Siasatan Khas dan Teknikal Esscom untuk memperhebatkan koordinasi operasi di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dengan menguatkuasakan undang-undang, kali ini di laut dan darat Semporna.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata selain membanteras pendatang tanpa izin di penempatan tersebut, penguatkuasaan turut dilakukan bagi membanteras unsur jenayah rentas sempadan membabitkan penyeludupan barangan bersubsidi dan tidak dikenakan cukai, serta pengeboman ikan dan penyalahgunaan dadah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKejayaan operasi itu adalah hasil perancangan dan usaha inklusif melalui Operasi Sanggah Esscom bagi memperkasakan operasi sedia ada di bawah PDRM, ATM dan APMM, serta jabatan atau agensi penguatkuasaan persekutuan, negeri dan tempatan, dalam mengekang ancaman anasir asing dan memastikan keselamatan awam di Pantai Timur Sabah diperkukuh dari semasa ke semasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMelalui tindakan penguatkuasaan yang bersepadu dan teratur ini, ia juga akan memastikan pemerkasaan aspek ekonomi Madani dalam perniagaan, pelaburan, pelancongan dan pembangunan syarikat tempatan di rantau ini dapat dirangsang dan memberi faedah dari segi pekerjaan dan kesamarataan peluang kepada Komuniti Esszone,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Justeru, tambahnya, Esscom akan meningkatkan operasi sedemikian bagi mengekang sebarang elemen atau ancaman keselamatan yang boleh mengganggu keselamatan dan kesejahteraan awam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Esscom turut menyeru masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keselamatan kepada Pusat Operasi Esscom pada talian 089-863181 atau WhatsApp di talian 011-63311072.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seramai 352 individu dan 16 rumah diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":18732,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-18731","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18731","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18731"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18731\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18733,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18731\/revisions\/18733"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18732"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18731"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18731"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18731"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}