{"id":18850,"date":"2023-11-14T05:02:27","date_gmt":"2023-11-14T05:02:27","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=18850"},"modified":"2023-11-14T05:02:27","modified_gmt":"2023-11-14T05:02:27","slug":"tindakan-hajiji-bangkit-isu-cubaan-rampasan-kuasa-seperti-buka-pekung-di-dada-suhaimi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tindakan-hajiji-bangkit-isu-cubaan-rampasan-kuasa-seperti-buka-pekung-di-dada-suhaimi\/","title":{"rendered":"Tindakan Hajiji bangkit isu cubaan rampasan kuasa seperti buka pekung di dada &#8211; Suhaimi"},"content":{"rendered":"<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">SANDAKAN: Tindakan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang membangkitkan isu cubaan rampasan kuasa seolah-olah seperti membuka pekung di dada.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Ketua Penerangan UMNO Sabah , Datuk Suhaimi Nasir berkata pihaknya mahu mengembalikan semula isu tersebut kepada Hajiji kerana beliau lebih arif untuk menjawabnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Katanya, selama pemerintahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU-UMNO di Sabah selepas Pilihan Raya Negeri Ke-16, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah telah banyak membuat penipuan dan tidak menunaikan janji yang sepatutnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cKami boleh huraikan satu persatu jika beliau (Hajiji) mahukan. \u201cScheme of Thing Muhyiddin\u201d selalu menjadi ikutan Hajiji sehingga ke hari ini walaupun kononnya beliau menyokong Kerajaan Perpaduan pada ketika ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cKemarahan Umno sampai kemuncak apabila Hajiji tanpa berunding dengan Barisan Nasional (BN) Sabah, telah membawa sokongan Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cHajiji tidak perlu berpura-pura dan cuba melupakan sejarah tersebut. Umno tidak akan tarik sokongan terhadapnya sebagai Ketua Menteri jika beliau jujur dan ikhlas dalam persahabatan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Menurut Suhaimi, rakyat tidak akan percaya kepada kepimpinan yang kerap bertukar parti seperti bertukar baju sahaja.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Jelasnya, perjuangan memerlukan pengorbanan dan kesetiaan, oleh itu rakyat Sabah diminta agar tidak lupa siapa kepimpinan Gagasan Rakyat hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cMereka semua bermula dari Umno. Selepas Umno kalah, semua masuk Bersatu. Dan, selepas Bersatu kalah, mereka tubuh parti baru iaitu Gagasan Rakyat. Cerita politik Sabah ini amat memalukan orang Sabah,\u201d ujarnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Suhaimi berkata, sebagai contoh, mengenai perlantikan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Gum-Gum, beliau dan mantan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol sebelum ini telah bertemu dengan Hajiji untuk mencadangkan agar Ruslan Udam dilantik memegang jawatan itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Katanya, cadangan itu secara dasarnya telah dipersetujui oleh Hajiji bagaimanapun beliau akhirnya melantik orang lain bagi jawatan tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cPada masa ini, banyak jawatan di peringkat kawasan<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>DUN dan kampung turut ditukar. Mana-mana pemimpin yang mempunyai jawatan masa itu, akan ditamatkan perkhidmatannya sekiranya tidak menyertai Gagasan Rakyat. <\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cIni jelas menunjukkan beliau tidak ikhlas dan mungkir janji dalam apa juga perlantikan sedangkan pada masa itu kami amat menyokong kepimpinan beliau selaku Ketua Menteri,\u201d jelasnya bagi mengulas ucapan dasarnya Datuk Seri Hajiji Noor pada Perhimpunan Agung Gagasan Rakyat yang menyalahkan UMNO dalam cubaan rampasan kuasa Kerajaan Negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Suhaimi turut mengingatkan Hajiji mengenai penglibatan Hajiji dalam empat cubaan rampasan kuasa semasa pemerintahan PBS dan Warisan dahulu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Dalam masa sama, Ketua Penerangan UMNO Sabah ini menyokong penuh kenyataan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menjelaskan situasi yang berlaku dalam UMNO Sabah semasa dalam kerajaan GRS BN. <\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Bung Moktar sebelum itu menjelaskan perkara pertama yang berlaku setelah dia<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>mewakili UMNO berada dalam kerajaan GRS, Ketua Menteri (Hajiji)<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>adalah pemimpin yang tidak berpendarian dan selalu mungkir janji kepada kepimpinan UMNO Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Kejadian pertama itu apabila perubahan jawatan Bung Moktar dalam perjanjian bersama sepatutnya<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>dilantik selaku Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, tetapi semasa Bung Moktar angkat sumpah, Hajiji melakukan penipuan awal dengan mengumumkan Masidi Manjun selaku Menteri Kerja Raya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cSetelah pembentukan kerajaan GRS-BN, Hajiji menipu lagi dengan membolot hampir semua jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam negeri Sabah yang mana jawatan-jawatan penting negeri Sabah, Hajiji telah melantik kroni dan keluarga dari Tuaran,\u201d jelas Bung Moktar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">Bung Moktar turut menyifatkan Hajiji telah mungkin janji untuk bersama UMNO memajukan negeri Sabah dan dia (Hajiji) mengutamakan kepentingan diri sendiri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\"><span class=\"s1\">\u201cUmno memutuskan hubungan demi menjaga kepentingan parti dari pada kepentingan diri sendiri,\u201d tambah Bung Moktar.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Tindakan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang membangkitkan isu cubaan rampasan kuasa&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":15965,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-18850","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18850","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18850"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18850\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18851,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18850\/revisions\/18851"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15965"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18850"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18850"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18850"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}