{"id":18999,"date":"2023-11-19T05:20:25","date_gmt":"2023-11-19T05:20:25","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=18999"},"modified":"2023-11-19T05:20:25","modified_gmt":"2023-11-19T05:20:25","slug":"kerjasama-strategik-motac-mps-dan-pejabat-parlimen-batu-sapi-jadikan-taman-warisan-batu-sapi-tempat-tarikan-pelancongan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerjasama-strategik-motac-mps-dan-pejabat-parlimen-batu-sapi-jadikan-taman-warisan-batu-sapi-tempat-tarikan-pelancongan\/","title":{"rendered":"Kerjasama strategik MOTAC, MPS dan Pejabat Parlimen Batu Sapi jadikan Taman Warisan Batu Sapi tempat tarikan pelancongan"},"content":{"rendered":"<p>SANDAKAN : Kerjasama strategik di antara pihak berkepentingan amat penting dalam usaha membangunkan sesebuah kawasan yang berpotensi sebagai produk pelancongan.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata kerjasama strategik itu tidak hanya dari sudut pembangunan, tetapi juga dari segi pengisian yang boleh dilakukan oleh pengunjung.<\/p>\n<figure id=\"attachment_19000\" aria-describedby=\"caption-attachment-19000\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-19000\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/637ab90e-ec61-4c36-9e18-738c89d3959c-300x156.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"156\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/637ab90e-ec61-4c36-9e18-738c89d3959c-300x156.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/637ab90e-ec61-4c36-9e18-738c89d3959c-1024x534.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/637ab90e-ec61-4c36-9e18-738c89d3959c-768x400.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/637ab90e-ec61-4c36-9e18-738c89d3959c.jpeg 1080w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-19000\" class=\"wp-caption-text\">Kerjasama strategik MOTAC, MPS dan Pejabat Parlimen Batu Sapi jadikan Taman Warisan Batu Sapi tempat tarikan pelancongan.<\/figcaption><\/figure>\n<p>\u201cSebagai contoh, kita telah melakukan kerjasama strategik di antara pihak kementerian, Pejabat Parlimen Batu Sapi dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk memastikan keadaan di Taman Warisan Batu Sapi sentiasa menjadi satu tempat tarikan kepada pelancong dalam dan luar Sabah.<\/p>\n<p>\u201cTetapi persoalannya di sini bagaimana cara kita untuk menarik pelancong luar untuk melihat taman warisan ni sebagai satu identiti yang cukup penting di kawasan Batu Sapi. Sebab itu, kita melakukan kerjasama strategik yang bukan sahaja dari sudut pembangunan, tetapi juga dari sudut pengisiannya.<\/p>\n<p>\u201cMenerusi kerjasama strategik ini, saya juga telah memohon supaya pihak MPS menyatakan beberapa produk di Batu Sapi ini yang boleh kita tonjolkan sebagai produk pelancongan,\u201d katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Voluntourism @ Taman Warisan Batu Sapi di sini, semalam.<\/p>\n<p>Khairul Firdaus yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berharap agar Batu Sapi yang merupakan kawasan persisiran pantai dapat dibangunkan dari segi pelancongan dan bukannya sebagai kawasan perindustrian.<\/p>\n<p>\u201cTidak logik Batu Sapi dijadikan sebagai Zon Perindustrian kerana ia terletak di pesisir pantai. Tidak ada mana-mana kawasan pesisiran pantai sesuai dibangunkan sebagai Zon Perindustrian, kecuali ia berkaitan dengan aktiviti pelautan.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap MPS dapat memberi perhatian serius berhubung perkara ini. Mesej sama juga saya mahu sampaikan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Batu Sapi tidak sesuai untuk Zon Perindustrian. Ia sepatutnya kawasan untuk pelancongan ataupun industri laut,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Selain isu Zon Perindustrian, beliau juga berharap menerusi kerjasama strategik itu, pihaknya dapat mengatasi isu pewartaan melibatkan banyak perkampungan di Batu Sapi.<\/p>\n<p>Beliau yakin MPS bukan sahaja akan melihat perkara itu secara serius, tetapi juga perlu mengambil tindakan serta-merta.<\/p>\n<p>\u201cMPS perlu membuat kertas kerja kerana pihak itu bertanggungjawab terhadap tanah di kawasan Sandakan. Mereka perlu memberikan nasihat dari setiap aspek termasuk dari segi perundangan, akta dan proses terlibat.<\/p>\n<p>\u201cItu sebabnya Pejabat Parlimen Batu Sapi perlu bekerjasama dengan MPS supaya setiap perancangan dan juga tindakan yang mahu dilakukan itu tidak menemui jalan buntu,\u201d kata Khairul Firdaus.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN : Kerjasama strategik di antara pihak berkepentingan amat penting dalam usaha membangunkan sesebuah kawasan yang berpotensi sebagai produk pelancongan&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":19001,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-18999","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18999","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18999"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18999\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19002,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18999\/revisions\/19002"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19001"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18999"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18999"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18999"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}