{"id":19288,"date":"2023-11-27T03:18:39","date_gmt":"2023-11-27T03:18:39","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=19288"},"modified":"2023-11-27T03:18:39","modified_gmt":"2023-11-27T03:18:39","slug":"persempadanan-darat-dan-laut-pulau-sebatik-dan-laut-sulawesi-malaysia-indonesia-belum-capai-persetujuan-menerusi-mesyuarat-dua-hala-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/persempadanan-darat-dan-laut-pulau-sebatik-dan-laut-sulawesi-malaysia-indonesia-belum-capai-persetujuan-menerusi-mesyuarat-dua-hala-hajiji\/","title":{"rendered":"Persempadanan darat dan laut Pulau Sebatik dan Laut Sulawesi, Malaysia-Indonesia belum capai persetujuan menerusi mesyuarat dua hala &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Malaysia dan Indonesia komited untuk menyelesaikan persempadanan darat dan persempadanan laut wilayah secara menyeluruh dan setakat ini tidak ada apa-apa persetujuan dibuat melalui platform-platform Mesyuarat dua hala (bilateral meeting) yang berkaitan Pulau Sebatik dan Laut Sulawesi. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri juga telah dilibatkan secara aktif dalam platform-platform mesyuarat dua hala ini yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri dan akan memastikan setiap perundingan atau cadangan-cadangan yang melibatkan persempadanan Sabah, Malaysia dan Indonesia adalah dibentang dan dirujuk kepada Jemaah Menteri Sabah terlebih dahulu untuk mendapat asas perundingan, hala tuju dan ketetapan.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_19289\" aria-describedby=\"caption-attachment-19289\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-19289\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/IMG_3124-300x175.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"175\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/IMG_3124-300x175.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/IMG_3124-1024x596.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/IMG_3124-768x447.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/IMG_3124.jpeg 1125w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-19289\" class=\"wp-caption-text\">Hajiji tiba pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 di sini, hari ini.<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan Negeri Sabah kekal dengan pendirian jelas,konsisten dan tidak akan berganjak dari apa jua cubaan negara jiran bagi memastikan persempadanan negara khususnya negeri Sabah sentiasa dipelihara dan tidak tergugat,\u201d katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 di sini, hari ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal [Senallang] mengenai rundingan dengan Indonesia berkaitan PulauSebatikdi bawah Perjanjian Laut Sulawesi, apa yang dituntut oleh Indonesia dan sama ada perjanjian sudah dibuat atau masih dalam peringkat perundingan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji menambah Kerajaan Negeri tegas dengan pendirian bahawa persempadan negeri Sabah di Pulau Sebatik adalah di garisan sempadan memanjang sepanjang 4\u00b010\u2019 bermula dari East Pillar sehingga Low Water Line di sebelah timur Pulau Sebatik. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya sempadan maritim yang telah ditandatangani melalui Triti Laut Sulawesi yang hanya melibatkan 12 batu nautika, tidak mendatangkan kerugian kepada negeri Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPerundingan penetapan sempadan maritim bagi kawasan yang melebihi 12 batu nautika sehingga 200 batu nautika di Laut Sulawesi (dalam kawasan ND6 dan ND7) yang merupakan Zon Ekonomi Ekselusif (EEZ) masih belum dimulakan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata sempadan yang melibatkan Pulau Sebatik iaitu kawasan \u201cIntertidal\u201d masih dalam rundingan dengan sesi rundingan terkini melalui Mesyuarat JawatankuasaTeknikal Khas [Special Technical Meeting (STM)] yang telah diadakan pada 16 &#8211; 17 November 2023 di Tangerang, Indonesia diakhiri tanpa apa-apa perkembangan kerana kedua-dua belah pihak kekal dengan pendirian masing-masing. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya rundingan tersebut diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim Kementerian Luar Negeri, manakala, Kerajaan Negeri diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Besar Negeri, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dan Pengarah Tanah dan Ukur di dalam delegasi Malaysia pada mesyuarat tersebut.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Malaysia dan Indonesia komited untuk menyelesaikan persempadanan darat dan persempadanan laut wilayah secara menyeluruh dan setakat ini tidak&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":19290,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-19288","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19288","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19288"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19288\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19291,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19288\/revisions\/19291"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19290"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19288"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19288"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19288"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}